Followers

Monday, March 14, 2011

Bencana Alam semakin kerap : Tidakkah kita sedar?

Salam korang!
Salam hujung minggu.

Sekarang ini macam-macam perkara berlaku di seluruh dunia. Dengan banjir besar yang berlaku di beberapa negara. Diikuti pula dengan tsunami yang melanda Jepun jumaat lalu. Tidakkah kita terfikir ini satu petanda yang dunia dah semakin tua dan semakin tenat. Alam kita dah semakin tercemar dan tiada lagi istilah musim panas ataupun musim hujan. Dan semakin kucar kacir. Sebab itu bila penghujung dunia nanti matahari akan terbit di barat.

Mungkin buat masa ini ia nampak mustahil tapi sedikit masa lagi kita akan sedar ia tidak mustahil dan paling penting kita akan sedar bahawa punca ketidakstabilan alam adalah bepunca daripada kita sendiri.Punca tanah runtuh, punca suhu dunia meningkat atau bahasa mudahnya 'global warming', punca banjir kilat, punca jerebu, punca penyakit berjangkit, dan segala yang berkait dengan alam adalah berpunca daripada kerakusan manusia yang diberikan akal untuk befikir tetapi turut juga dibekalkan bersama nafsu dan juga dikelilingi oleh syaitonnirrojim untuk menduga akal dan tahap keimanan kita.

Ya Allah, lindungilah kami umat Akhir Zaman ini. Peliharalah kami daripada terus melakukan maksiat dibumiMu. Sesungguhnya hanya kepadaMu lah tempat kami bergantung harap.

p/s : beribadatlah hari ini seakan-akan kita akan mati esok.

2 comments:

ayu said...

yep.
dgr cerita ttg supermoon.
semakin gentar diri ini.

Fidelia said...

You are so awesome for helping me solve this msytrey.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics