Followers

Wednesday, March 23, 2011

Result SPM itu penting berbanding result Universiti?

Salam korang!

Hari ini menjadi hari yang penting untuk yang baru lepas SPM. Almaklumlah keputusan akan diumumkan pagi ini. Fuh, mesti berdebar-debar-debar kan? Saya rasa hampir semuapun pernah merasai pengalaman mengambil result SPM di sekolah dahulu. Jangan nak tipulah? Kalau tak sempat SPM pun mesti pernah pergi beratur ambil slip PMR. Atau paling cikai pun result UPSR lah kan. heh~

Serius dalam banyak-banyak result yang saya ambilkan, result SPM lah paling tak best sekali. Sebab result SPM saya amatlah tak gempak. Nasib baiklah pada zaman itu, matrikulasi tak main kasta-kasta ikut result. Kalau tidak sure saya kena ambil program 2 tahun. Tak layak de nak ambil program setahun itu.  Lagipun ramai sangat perempuan yang score berbanding lelaki.  Entah-entah saya tak dapatpun sambung di matrikulasi. Entah ke manalah saya tercampak kalau tak ke matrikulasi ye? Mungkin sambung diploma kot.

Saya memang tak sampai hati untuk tak cerita result saya? Kesian pula pada korang kan. Saya dahulu dapat 3A sahaja. Yang lain itu macam 'tulah' apa ntah semua berkelompok dalam group 'B'.  Nasib baik tak ada yang tercampak ke gred C,D atau E. Alhamdulillah =)

Macam mana result SPM korang dahulu ye? Mesti gempak lagi-lagi yang ambil course perubatan, farmasi atau yang seumpamanya. Dan tak lupa yang further study di universiti luar negara.

Jauh dilubuk hati menyesal juga tak belajar bersungguh-sungguh masa nak ambil SPM dahulu. Sebab pengukur paling tepat perbezaan kepandaian ialah result SPM. Kenapa? Sebab semua orang di seluruh Malaysiapun ambil peperiksaan yang sebiji sama. So, kalau seorang dapat A dan seorang lagi dapat B, kita sudah boleh judge yang yang dapat A itu lebih bijak daripada yang dapat B itu. Betul tak? Walaupun orang kata SPM itu cuma penentu ukur untuk korang memilih course di universiti sahaja tapi sebenarnya result SPM adalah lebih daripada itu kepentingannya. Kalau tidak kenapa bila korang isi form nak minta kerja kerajaan kena isi result SPM? Haaa...kenapa agaknya ye?

Lagipun acik-acik takkan tanya result korang masa di universiti? Dorang akan tanya bellajar di universiti mana? dan ambil course apa? Walaupun sepandai/secorot manapun result korang semasa di unversiti, asal korang berjaya dapat ijazah sahaja sudah cukup. SPM lain sebab acik-acik akan tanya berapa result SPM korang? Tertekan doe kalau result tak best?

K lah korang. Itu sahajalah buat masa ini. Buat yang dapat result SPM yang cemerlang kali ini tahniahlah saya ucapkan. Korang memang power!

 

1 comment:

suffer8zine said...

mybe bagi peringkat umur 17-18 tahun anggap penting

Terkini : Panas!!!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics