Salam korang!
Hari ini rasa macam-macam. Mula-mula entah macam mana ku tersedar pukul 4.00 pagi. Damn ah, hujan pula tu. Patut bila hujan mesti lagi syiokk tarik selimut tapi dek kerana sejuk sangat dan ditambah pula dengan guruh berdentuman maka susah sikitlah nak lelap. Haih.
Jengok ke luar bilik nak check router internet dah OFF ke belum. Selalunya bila hujan dengan guruh macam gini gaya, router berada dalam posisi bahaya jika dibiar terus menyala. Tengok-tengok abang saya tengah syiok layan internet. Fuhh..tak tidur gamaknya abang ku ini. Jadi kelawar. Dengan sepantas kilat terus ku minta dia OFF Router dan juga PC. Diapun dah maklum betapa sengsaranya bila router terrosak akibat lupa OFF ketika hujan. Pengalaman mengajar kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Lalalala~
Maka diapun tutup sampai ke MAIN SWITCH. Bukan MAIN SWITCH electricity rumah ye tapi yang berkaitan dengan PC dan router sahajalah. Then, bila rasa lega terus kumasuk bilik semula untuk sambung tidur tapi dek kerana guruh kuat maka mataku still lagi segar bugar tak mahu pejam. Gerampun ada. Baru pukul 4.00 beb. Kalau pukul 5.50 itu logiklah sikit. Boleh terus bersiap pergi kerja. Tapi, lepas paksa diri akhirnya terlelap juga. Tapi yang tak bestnya bila tidur style paksa ini bila bangun sahaja mulalah berat rasa untuk bangkit. Tapi gagahkan diri untuk pergi kerja. Chaiyok!
Rupanya hujan tak berhenti lagi. Patutlah susah sangat nak bangun. Pergi kerjapun dalam keadaan yang masih hujan. Sesak jugalah sebab kereta semua bawa dengan penuh sopan santun. Kalau hari tak hujan jalan clear sahaja. Laju-laju belaka termasuklah baby orenku. Korangf yang tak tahu kena tahu yang saya ini memang jenis yang suka drive laju (tapi tak over speed limit k. Biasa 90-100 je kalau jalan clear). Sampai officepun hujan masih lagi menderu-deru turun dari langit. Alhamdulillah, selamat juga sampai office.
Bila bagun pagi ingatlah kita ada tanggungjawab dalam dunia ini selain beribadat iaitu bekerja dengan penuh dedikasi untuk dapatkan rezeki yang betul-betul berkat. Sayapun masih belajar untuk mempositifkan diri supaya rajin datang kerja. Untuk studentpun sama ye? Jangan suka sangat memonteng, tiru dalam exam, tiru assignment member. Haa.nanti bila korang dah kerja korang akan nampak apa gunanya itu semua. Bak kata mak adif dalam cerita Dunia Baru dulu. Apa yang penting, kaf baa ro kaff alif taa nun iaitu keberkatan. Kalau tak berkat ilmu itu, memang tak ke manalah.
Ok, bai!
No comments:
Post a Comment