Followers

Tuesday, March 29, 2011

Lagu Bunkface mengingatkan kita betapa tenatnya dunia

Salam korang! lately aku tertarik untuk dengar lagu Bunkface ini. Lirik dia itu yang lain macam punya penangan. Pasal dunia kita inilah yang sudah semakin tenat dan penat. Semalam berlaku lagi gempa bumi di Honshu pula. Gempa bumi sekarang ini macam bertukar button pula kan?

Selepas Sendai, Myanmar..
Selepas Myanmar, Honshu..
Selepas Honshu..?

Fikir-fikirkanlah sendiri ye sebab bencana yang berlaku ini berpunca daripada 'tangan-tangan manusia yang menjadi nakhoda dunia. Ye, tangan kita sendiri sebenarnya yang menyumbang kepada kejadian bencana ini. Ini baru cerita pasal Gempa Bumi dan Tsunami. Malaysia memang alhamdulillah, tidak terkena tempias secara langsung gempa bumi melainkan yang berlaku dahulu akibat gempa bumi di Sri Lanka. Tapi, negara Malaysia tidak kurang kesan bencana akibat pengekploitasian sumber bumi yang melampau iaitu tanah runtuh, banjir kilat, musim kemarau melampau, puting beliung dan ribut. Malah, semua ini pernah berlaku dan bukan sedikit kesan bencana ini kepada kita. Tapi berapa ramai sahaja yang bermuhasabah dan menginsafi diri. Ramai lagi yang masih leka kan. Hmm..

Jom layan lagu Dunia nyanyian Bunkface ini. Moga-moga terbuka pintu hati kita untuk bermuhasabah diri sendiri. Sekurang-kurangnya bersedia untuk menghadapi kehidupan kekal abadi yang telahpun semakin nampak tanda-tandanya sekarang. Video? Alaa..korang cari sahaja di Youtube. Saya tak boleh buka Youtube lah sekarang ini. huhu~

DUNIA - BUNKFACE

Gelisah tak bermaya
Manipulasi antara kita
Dan bencana yang melanda
Generasiku menjadi mangsa

Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Korus
Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia..
kuasa sementara
Komunikasi tiada makna

Dan tindak balas ego yang ku terima
Tiada perasaan kecewa

Dan ini bukan lagi
Seperti yang kau impikan
Percaya kataku

Aku bimbangkan dunia
Tiada cahaya ku terima
Aku tentang segalanya
Moga kau akan turut serta
Di dunia kita
Lalalalala oh oh oh oh
oh oh oh oh

Ulang korus

3 comments:

lelaki sulit naz said...

dan tak lupa juga runtuh akhlaknya haha

velasrizal said...

mmg kene la lirik ni dgn apa yg berlaku skrg ni

Pelajar / Peserta Akademi Fantasia (AF) 9 2011

noorafzan said...

Haha.true naz.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics