Followers

Tuesday, March 8, 2011

Aznil Haji Nawawi jadi penutup tirai pengacara AF9!

Salam korang!
Sebenarnya agak terkejut juga sebelum ini bila ASTRO umumkan AF9 akan jadi Akademi Fantasia terakhir. Tapi bagus juga. Mungkin ASTRO punya sebab tersendiri dan mungkin juga akan menerbitkan program realiti yang lebih segar selepas ini. Mana tahu nak buat yang ada gabungan nyanyian dan lakonan dalam satu program pula kan.

Apa yang menyeronokkan dan buat saya nak tengok AF terakhir ini bukanlah sebab teruja nak tengok persembahan peserta tapi nak tengok Pak Nil kita yang baru sahaja diumumkan ASTRO petang tadi sebagai pengacara terakhir untuk program realiti terkenal itu. AF satu fenomena dan pencetus kepada kemunculan banyaknya program realiti lain selepas itu seperti Mentor, Malaysian Idol, Gang Starz dan lain-lain lagi.

Tahniah Pak Nil. Sayapun dah rindu betul dengan celoteh Aznil menjadi pengacara program. Almaklumlah Macam Macam Aznilpun sudah lama tak keluar TV kan. Setakat dengar suara dia di Radio ERA sahaja pagi-pagi kan.

Oklah, chow!
sumber : dahliajournal.com

1 comment:

Dayana said...

This is way more hleupfl than anything else I've looked at.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics