Followers

Friday, March 4, 2011

Ismah Beach Resort di Pantai Padang Kamunting| Terbaik

Salam korang!

Dah lama tak review tempat menarik yang ada dalam Malaysia ini. Oh, sebab sayapun dah lama tak berkesempatan untuk travel. Selain nak kumpul budget untuk kahwin, ada banyak pula perkara yang nak kena settle guna duit lately.

Tapi, last weekend saya berkesempatan ke Melaka. Yeah! Seronok dapat kembali ke zaman Matrikulasi dahulu. Sebenarnya destinasi saya ialah pantai. Ada Family Day anjuran Alumni Kelab Lambaian Masyarakat yang saya sertai masa zaman menjadi student UTM dahulu. Kelab ini antara kelab kesayangan dan paling meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada saya. So, korang yang masih lagi bergelar student, rajin-rajinlah join aktiviti di Universiti korang. Tak rugi .Untung lagi ada.

Kami telah memilih Ismah Beach Resort di Pantai Padang Kamunting sebagai tempat penginapan dan melaksanakan family day activities. Pantai ini terletak di tengah-tengah antara Pantai Klebang dan Pantai Tanjung Bidara. Serius masa zaman matrik dahulupun saya cuma kenal Pantai Klebang dan Pantai Tanjung Bidara sahaja. Mungkin masa itu pantai ini baru nak naik kot.

Apa yang boleh saya cakap pakej yang resort ini tawarkan menarik dan kemudahan yang disediakan amat sesuai dengan aktiviti yang kami rancang.

Contoh pakej yang saya capture from their website;

PAKEJ SEMINAR BERMALAM
2 HARI 1 MALAM




























Sun - ThurFri - Sat &
School Holidays
Eve & Public Holidays
Single OccupancyRM142nettRM152nettRM160nett
Twin SharingRM100nettRM110nettRM120nett
Triple SharingRM88nettRM98nettRM108nett



Package inclusive of:









  • Penginapan selama 2 hari 1 malam.

  • 6 x makan (B/CB/L/TB/D/SP).

  • Kemudahan Dewan Seminar (P.A. System Dan Peralatan
    Papan Putih / Layar
    Pensel & Kertas A4
    Gula gula dan Air Mineral (Pot).)

  • FREE visit to Turtle Sanctuary.




  • 50% Diskaun untuk peralatan BBQ.

  • Peralatan TELEMATCH percuma.

  • 10% Diskaun untuk peralatan



Itu salah satu pakej yang ditawarkanlah.
Berbaloi tu. Bilik ada aircond dan TV. Toiletpun lengkap dengan water heater. Memang tidur lena sampai ke pagi. Dia ada juga sediakan pakej ikut kesesuai budget kita. Contoh kalau nak bilik untuk 2 orang tapi nak tambah extra katil. Boleh duduk 3 orang satu bilik dengan harga yang lebih menjimatkan.

Lagipun Ismah Resort ini ada juga sediakan dewan makan yang luas. Paling penting kalau kita tak nak makan under pakej dan nak bawa masuk outside food pun tak ada masalah. For BBQ kami cuma sewa peralatan BBQ (pihak resort dah siap bakarkan arang) dengan harga RM100 sahaja termasuk sediakan meja dan juga kerusi untuk kami beraktiviti semasa ber BBQ. Resort inipun terletak betul-betul di tepi pantai. Siap ada kawasan lapang di pantai yang kami boleh gunakan untuk aktiviti sukaneka.

Pusat Penternakan Penyupun terletak betul-betul hampir dengan resort. Jalan kaki 2,3 minit dah sampai. hehe! Kalau kita menyewa di Ismah Beach Resort memang confirm dapat melawat Pusat Penternakan Penyu ini secara percuma.

Selain itu resort ini ada sediakan juga kolam renang (walaupun tak besar tapi berbaloilah kalau setakat nak berendam itu kan. Nak berenang memang tak bolehlah sebab paras pinggang je airnya. hehe!

Rating boleh bagi ialah 8.5/10

Kalau amik exam dah dapat A tu.

k, bai!

nak tahu lebih lanjut? leh klik SINI

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics