Followers

Monday, March 28, 2011

Krisis di Jepun : Radiasi naik mendadak!

Salam korang!

Takut kan bila melihat perkembangan terbaru di Jepun. Pasal tahap radiasi nuklear di loji nuklear di Fukushima yang meningkat mendadak 10 juta kali melebihi paras normal tu. Sangat merbahaya kesannya. Bagaimana nasib insan-insan yang masih berada di sana. Dengan krisis air yang tidak boleh digunakan kerana telahpun tercemar dengan radiasi. Sumber makanan dan minuman yang terhad.

Saya memang salute dengan Pasukan dalam Misi Menyelamat daripada Malaysia yang telahpun berada di Tokyo sekarang ini. Tadi tengok berita pasal ini. Semoga misi mereka berjaya dilaksanakan dan mereka selamat pergi dan pulang semula ke Malaysia.

Harap Jepun dapat menghadapi krisis ini dengan semangat yang kuat dan berjaya mengatasi masalah radiasi ini secepat mungkin. Kalau tidak kita akan berhadapan dengan bencana yang lebih besar akibat radiasi ini. Dengarnya kesannya mula dirasai oleh negara-negara jiran Jepun. Betul ke?

p/s : perasan tak sekarang ini terlalu banyak bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Tidakkah kita sedar hakikat yang bumi ini sudah terlalu penat untuk melindungi kita lagi. Cukup-cukuplah merosakkan alam kita.

3 comments:

Cik Ila said...

Semoga Malaysia tetap aman dan damai.. :)

noorafzan said...

aamin =)

Sagar said...

Heckuva good job. I sure aprepicate it.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics