Followers

Thursday, March 10, 2011

Tiada keberkatan : Kenapa hidup tak senang | part 2

Salam ye korang!

Semalam saya bercakap pasal keberkatan yang mempengaruhi kehidupan kita sehari-hari dari segi duit dan sumber pendapatan kita. Memang duit memberi kesan mendalam sebab bila kita buat makan dan belanja ia sudah menjadi darah daging kita. Sebab itulah part 1 saya tekankan duit.

Part 2 ini saya nak fokus pada perkara-perkara lain yang berkait rapat dengan keberkatan iaitu perhubungan dan interksi kita dengan apa yang ada disekeliling kita. Secara umumnya ada 3 kategori.

1. Allah SWT ataupun tuhan (bagi yang bukan beragama Islam)

Hubungan denga Allah paling penting untuk dijaga sebab segala nikmat hidup dan ketenangan yang kita perolehi di dunia ini semuanya datang daripada Dia. Senang sahaja sebenarnya cara nak jaga hubungan dengan Allah. Ikuti segala suruhanNya dan tinggalkan segala laranganNya. Nampak mudah tapi sebenarnya tak semudah yang ktia sangka. Kalau iman tak dijaga memang mudah kita langgar peraturan yang Dia tetapkan. Undang-undang yang ada dalam Malaysia kita inipun belum tentu kita nak ikut. Apatahlagi undang-undang Dia yang maha sempurna.Tapi, at least kita kena berusaha untuk ikut.

2. Manusia lain.

Yang inipun penting. Tapi apa yang saya nak tekankan ialah hubungan kita dengan ibu-bapa kita. Apa-apa yang kita lakukan mestilah mendapat keredhaan mereka kalau tidak confirm hidup kita takkan tenang. Betul tak?

Lagi satu pula macam yang suffer8zine cakap berkenaan dendam, hasad dengki, khianat, fitnah, dan segala bentuk perlakuan kita yang tidak disukai orang dan menganiaya orangpun akan menyebabkan hidup kita tak senang. Memang manusia tidak dapat lari daripada perasaan sebegitu tetapi kita kena kawal diri. Jangan terlalu ikutkan nafsu dan hasutan syaitan. Kalau terlanjur melakukannya maka cepat-cepatlah memohon maaf kepada orang yang kita aniaya itu supaya kita tak perlu nak cari mereka di akhirat nanti. Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak kupas. Korang fikirlah sendiri.

3. Haiwan, tumbuh-tumbuhan dan segalanya selain daripada manusia.

Hubungan kita dengan alampun kenalah jaga. Jangan aniaya binatang. Jangan aniaya pokok. Jangan suka-suka hati nak tambak laut. Jangan suka-suka hati nak tebang pokok, tarah bukit semata-mata untuk buat kondo. Jangan nak membazir air dan kuasa elektrik.

Kesan tak baiknya kita akan rasa tanpa sedar. Bencana alam yang berlaku sekarang inipun sebenarnya berpunca daripada pengainayaan kita terhadap alam. Sedar tak sedar itulah hakikat yang perlu kita telan. Dan confirm bencana alam akan buat hidup kita tak senang. Betul tak?

Oklah, setakat itu sahaja kali ini.

Bai!

1 comment:

Tessie said...

Clear, infroamtive, simple. Could I send you some e-hugs?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics