Followers

Saturday, October 16, 2010

Bajet 2011 : Apa yang menarik!

Pembentangan Budget 2011 sudahpun selesai dan sana-sini ku rasa semua mula nak ambil tahu apa yang menariknya dengan Budget 2011 ini. Memang banyak jugalah yang dibentangkan PM tapi ada beberapa perkara yang menarik perhatianku masa dengar berita di radi tadi (biasalah masa pembentangan itu saya masih di office dan bila dah habis bentang saya dah on the road mahu balik rumah. Tak sabar punya pasal sebab esokkan cuti!)

Pertama;

Elaun Iman dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan. Naik RM300 tu. Lepas ini mesti ramai yang berebut nak jadi imam. Hopefully =)
Guru KAFA juga dinaikkan gaji daripada RM500 kepada RM800. Naik RM400 tu. hoho~
Gaji minimum pun dinaikkan termasuk gaji pengawal keselamatan. Ada lagi tapi lupalah pula.

Kedua;

Pasal cuti bersalin bergaji penuh. Tapi yang ini ku agak confuse. Tadi memang kudengar cuti bersalin maksimum 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Maknanya kiralah kalau rancang nak beranak ramai maka kena kawal cuti la kan. Tapi tadi baca di blog yanmie online dia cakap tempohnya tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sekali beranak sebelum ini.
Mana satu betul eh? Tadi dah confirm tak melebihi 90 hari cuti bergaji penuh. Best la kan.

Ketiga;

Harga tol Plus Express Way Bhd tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Er, tol Plud yang mana satu eh? haha!

Keempat;

Sumbangan saguhati RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah untuk belanja persiapan sekolah. Maknanya hujung tahun ini lah kan? ataupun tahun depan punya cerita?

Kelima;

Ada banyak lagi terutama pasal pelepasan( ke pamansuhan?) cukai terhadap barangan2 import. Yang ini kubaca di blog Bang Nara. Betul ke nih?

Yang lain itu buka ntak penting tapi kupun tak berapa faham. Eloklah korang gali di blog Yanmieonline ini ye =)

Lagi satu update lengkap punya pasal Badget 2011 boleh download terus di SINI. Terima kasih Zool for good information.

p/s : bak kata salah seorang pembangkang dalam berita tadi selepas sesi pembentangan, harapan saya semua yang dibentangkan diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik. Jangan ada pembaziran budget. 'Dalam' woo makna pesanan dia itu. =)

11 comments:

zool said...

senang je.. kalau nak kepastian baca kat sini Teks Ucapan . Yang ni rasmi dari portal kementerian kewangan. Kalau tak pasti terus tanya kementerian kewangan.. jawapan mereka lebih tepat..

noorafzan.blogspot.com said...

haha..oo ye ke?..
nanti saya pi baca sikit2..
tq for information ye zool..
=)

Unknown said...

pasal cuti bersalin tu cuti bergaji penuh tidak melebihi 90 hari...
macam tu la kot...

ckynwan said...

oh baru tahu pasal belanjawan ni hahahaha. maklumlah x bukak tv x bace paper =P

noorafzan.blogspot.com said...

Azmi..
haa.tu la..
tadi dgr berita.
salah dengar kot kat radio tadi..

ckyn wan..
baik pi tgk.
manyak besh oo..

ISZA said...

cuti bersalin tu.. berkuatkuasa bila yer?
tahun depan ke?

meo said...

erm... mcm boring je bajet

darkbatman said...

yg gaji imam dan kafa 2 memang patutla dinaikkan..skg ne x ramai yg berminat sbb gaji murah kan..so bile naik nt, ramai sket n terjaga sket anak2 kita nanti.ahhaa

noorafzan.blogspot.com said...

cikgu isza..
kuatkuasa january tahun depan la kak.

meo..
haha..
tak de kena mengena tu yang boring tu ye.

aie..
yup, setuju sangat2.

cikpia said...

bila kerajaan nak amik aku kerja ngan diaorang nie.....???? =)

Mario said...

klu aie jadi imam...sure ramai yg ke masjid...pompuan le...ekeke

errr...laki pun nak cuti bersalin tu...

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics