Followers

Friday, November 6, 2009

Kedai makan patut di 'gred' kan tahap kebersihannya..?

Saya jarang ke utara.
Biasanya saya ke pantai timur ataupun ke selatan..
Ke pantai timur sebab tanah tumpah darah mak dan ayah ada kat sana..
Ke selatan pula sebab tanah tumpah darah saya time 'accident' masa belajar erti kehidupan dan mencari arah tuju hidup yang sempurna..
Saya pernah ke utara beberapa kali sahaja.
Boleh dibilang dengan jari2 disebelah tangan sahaja..
Rasanya baru 3 kali kut..

First time masa saja habis darjah 6..
masa itu tengah tunggu result UPSR rasanya..
Ke Gua Tempurung mengikuti Program Perkhemahan Remaja Islam..
Masa itu ada kenangan tak dapat dilupakan..
First time belajar solat jamak..
Saya ingatkan, solat jamak itu tidak mengira masa.
Habis saya amalkan solat jamak itu bila masuk tingkatan 1 di sekolah..
Saya jamakkan solat zohor dengan asar sekali..
tahun itu juga, saya dapat tahu juga yang saya silap paham.
Rupanya itu hanya kemudahan untuk orang2 yang ber'musafir' sahaja..
Kalau setakat pergi ke sekolah, itu tak dikira musafir..
haha..
Kan dah melalut..
ok, back on track k..

Kali kedua saya ke Penang sebab sepupu kahwin..
Kami tidur 2 malam di sana.
Di sanapun ada kenangan juga..
bukan pasal saya..tapi kakak..
Ada sekali itu, dia tertinggal hset di dalam bilik air OKU..di sebuah stesen minyak dekat kawasan Pulau..(kami bermalam di Pulau)..
Masa itu, kami on the way balik daripada jalan2 mengenal kawasan.
Oleh kerana sayang pada hset yang dibeli dengan harga RM1000 tu..(dulu hset itu glamour..),
Ayahpun tekad nak patah balik ke sana.
Malangnya kami terlepas simpang dan terpaksa naik jambatan pulang pinang..
Paham2 sahajalah bila dah naik jambatan..
Kena bayar tol double (tol ke seberang dan tol balik ke pulau..)
Nasib kakak memang baik sebab hset itu tidak disentuh orangpun..
Memang nasib baik juga kami memilih untuk masuk tandas OKU.
Kalau tandas biasa, sudah tentu hset itu akan lesap.
Sampai sekarang saya ingat kenangan itu sebab kejadian itu unik dan macam miracle.
Apa jadi pada hset itu sekarang?
Ehehe..rasanya dah tak ada lagi..

Kali ketiga, masa saya ke kelantan bulan lepas..
Perjalanan balik itu kami ikut penang..
tapi, lalu sahaja..
tak singgah mana2pun.

Saya nak ceritakan lebih detail masa kali kedua saya ke utara.
Kami singgah di beberapa R&R.
Saya tak ingat R&R mana satu setiap lot kedai di hadapannya ada di tampal gred2 kebersihan kedai..
Ada yang diletak A,B dan C..
Kenapa tiada D dan E.
Kalau ada, sudah tentu orangpun tak lalu nak jengah kedai tu..
Kat sekolahpun D dan E itu dah dikira gagal.
So, tak dapatlah tender itu berniaga di situ..
Memang nampak sangat, kedai yang di gred A terjaga dan nampak bersih berbanding kedai bergred B dan C.
Ada bagusnya kalau apa yang di implement kan di R&R itu digunapakai oleh semua kedia2 makan yang ada dalam Malaysia ni..
Bila ada sistem gred macam ni barulah peniaga-peniaga malan lebih menitikberatkan penjagaan kebersihan di gerai-gerai makan mereka sebab tidak mahu dilabelkan gred yang rendah.
Imej sesebuah perniagaan berasaskan makanan bukan hanya terletak pada keenakan rasa tapi turut mengambilkira tahap kebersihan kawasan perniagaan.
Kalau bersih, barulah orang 'lalu' nak makan..
Tiadalah Si Ti, Si Li dan Si La mencemari makanan..

p/s : Si Ti, Si Li dan Si La ni ialah haiwan/serangga pencinta makanan

3 comments:

B E L L A said...

tikus lipas dan lalat. yeay tahu. hehehe. betul2. tp kdg2 org xdulik sgt kalau dh sedap gile tuh kalau stakat kotor2 beselah. bkn smpi tahap kotor ada cik ti. eeee.

noorafzan.blogspot.com said...

euuu..
kalau ada cik ti tu laagi gelii..

Faarihin said...

Salam kak.. memang patutlah gerai2 ni ada gred.. baru kita tahu tahap kebersihan dia.. baru selera nk makan kat situ.. (^__^)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics