Followers

Wednesday, October 27, 2010

Entry Santai : Personaliti ku vs si dia

Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberikan kata-kata semangat kepadaku dalam entry malam tadi. Masa itu memang ku terlebih emosi sampai fikir yang bukan-bukan bila si dia gagal untuk call dan mesej balas. Nak menjawab call pun tak larat.

Tapi alhamdulillah lewat malam tadi dia mesej kata dia dah ok. Dan dia minta maaf sebab buatku risau. Seperti yang ku dah bagitahu dia memang amat jarang demam panas. Kalau demam memang teruk. Lagipun ada kenangan pahit disebalik demam terakhir yang dia alami dulu. Masa itu semua adik beradik lelaki dia kena demam denggi. Dan last sekali ayah diapun kena tapi dek kerana antibodi orang tua tak cukup kuat, ayah dia dijemput pulang ke rahmatullah. Peristiwa itu buatku amat risau bila dia kena demam.

Ok lah. Demam dia pun dah hampir kebah. Alhamdulillah. So, pagi ini rasa macam nak buat entry santai sikit. Bukan nak percaya ke hape. Tak baik percaya benda-benda macam tafsir personaliti melalui tarikh lahir lagi-lagi ramalan ikut bintang.

Ku dilahirkan 12/April..
So, personaliti Aries adalah 'Api'

.:: API ::.
Personaliti api dilahirkan di bawah lambang Aries (21 Mac - 20 April), Leo (24 Julai -23 Ogos) dan Sagittarius (23 November - 21 Disember).

* Dilahirkan sebagai pemimpin - aiyoo..memanglah pernah jadi pengawas tapi pengawas yang hampeh!

* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain
walaupun ianya benar. - yang ini adakah sama maksudnya dengan keras kepala..isk2, mana ada saya budak baiklah. kan? kan?
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
- artistik..uih, biar betul ini.? ..sukar dijangka..pompuan semuanya complicated kan(tipulah kalau tak mengaku). romantis? ..tu kena tanya si dia. rasa macam tak je..haha!. So,tak 'kena' langsung ciri-ciri itu dengan saya kan.

* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. - suka menguasai? ..tak adalah.. Gua jenis rilek-rilek.Bagi je orang lain menang.kehkeh. Yang baik-baik macam pemurah, mesra dan menunjukkan minat mendalam pada sesuatu yang kusuka itu gua setuju sahaja. So, separuh sahajalah ciri-ciri ini kena pada gua.

* Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. - ye, ni kira macam jujur sangat lah ini ye. Semua orang cakap saya tak reti menipu. Kalau menipu memang kantoi lepas itu sebab hati tak tenang. Tapi better diam daripada buat orang sedih dan terhiris kan. So, tak betullah ciri-ciri atas ini.

* Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. - mana aci sebab ada kesinambungan dengan ciri atas ni. mahu hubungan peribadi berjalan lancar?..ini lagi satu hal. Mestilah semua orangpun mahu benda macam ini lancar. haishhh!

* Personaliti api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. - malas nak komen panjang sebab macam dah jawab sahaja kat atas ini. Maknanya hanya API yang patut diberikan ruang yang luas manakala ANGIN, AIR dan apa lagi satu (lupa daa) tak payah bagi ruang yang cukup? Betul tak?

* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. -statement bahaya ini. Mana ada weyh. Gua jenis setia dan tahan lasak.Manalah kalah dengan tekanan. Imposibble!

Dia pula dilahirkan pada 31/Mei

So, personaliti Gemini adalah 'Angin'

.:: ANGIN ::.
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun), Libra ( 24 September - 23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Februari).

* Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. - benda positif macam ini memang saya setuju sahaja. haha!

* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. -tak adalah terbuka sangat. sometimes conservative juga. Tapi memang dia punya daya imaginasi dan inovatif. Kalau tidak takkan dia suka dengan kerja dia sekarang.

* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. - Dia suka bergaya simple tapi kemas. Tenang most of the time tapi ribut juga bila tertekan. Tak cerewet? uu...bagi saya dia ini agak cerewet. Yang last itu menang 'kena' dengan dia.

* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. - ciri-ciri yang baik memang saya setuju sahaja!

* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.- yup, sangat betul!

* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.- salah, sikap ini 'kena' dengan saya bukan dia.

* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. - haha..romantis itu tak adalah sangat tapi manja itu betul. haha!

Rajin pula ku menghuraikan dan komen balas personaliti yang entah siapa list kan ini. See, banyak yang tak betul daripada yang betul. Yang betul itupun kebetulan sahaja macam ramalan sotong paul berkenaan Piala Dunia yang lepas itu yang sudahpun dilaporkan mati semalam. Ramai yang teringin nak masak dia jadi sambal sotong tapi sotong itu sudah tua beb. Dah tentulah liat dan tak sedap kalau di makan. haha!

17 comments:

Mario said...

wah...api lawan angin...

Hazzy Ishak said...

kalau yang dr. fazilah kamsah punya telahan tu, memang kena dgn diri sendiri. almost 90%

Redbloodsnow said...

wahhhh....api n angin ea. cam citer the last airbender ler plak..hikss :D

Nur Suaidah Bachok said...

wahhhhhh!!! api marah, angin datang, lg marak api tu.. sis jgn marah2 selalu okay. hehehe :D

noorafzan.blogspot.com said...

mario..
tu la pasai..
ahaha~

hazzy..
oo.Dr.Fadzilah punya ye.
mana nak cari yea?


zie...
tu la.
macam2 versi ada benda ini.
ada yang ikut anak ke berapa.
ada ikut bintang2 camni.


achu..
manade marah.
cool je ni.
ahaha~

Ayu Zan said...

KAK AFZAN~

ala..tu ramalan je kan..
sifat boleh di ubah~
ye x?

ayu same dgn encik lelaki akak..

noorafzan.blogspot.com said...

ayu..
ahaa..
memang pun..
tak betul byk.
saja suka2 jer.

suffer8zine said...

yuppp itu ramalan la, x pon kata2 org dulu, pape pon Allah yg tentukan ., tapi best juga ramal2 ni kot2 tepat kan, pape hal jgn perjaya setaksub2nya sudah

Panas! : ENTER

noorafzan.blogspot.com said...

tu la..
suke2 je bro.
tapi kadang bila benda terlampau positif buat kugelak guling2..
sebab ku fikir ku tak sebaik itupun..
haha~

darkbatman said...

kdg2 xleh ikutkan jugak bende2 cam zodiak ne.. ade yg btl n ade yg btl.. bleh bace tp jgn pcya membabi bute.heheee

noorafzan.blogspot.com said...

aie..
memang tak percayapun aie..
suka2 je.
kadang rasa lawak bila tgk tak betul tafsirannya.

suffer8zine said...

zodiak ke ni, setakat baca boleh la, tapi kalau nk percaya tu den mmg x la , hehe :P

Panas! : ENTER

noorafzan.blogspot.com said...

zodiak tu lagilah tiap2 hari pun ada tafsiran.
cam pelik je.
takkanlah tiap2 orang yang zodiak sama tu alami benda yang sama kan.
haha!

MASA said...

bila ramalannya tak betul terasa lawak bila ramalannya betul...terasa kena pada diri sendiri lalu percaya dalam hati tapi mulut cakap "tak percaya sangatlah"

kat luar sana masih ramai lagi yang percaya tarikh lahir ni siap kata 90% kena pada diri sendirilah..sebagai panduanlah..orang yang ikut garis panduan tarikh lahir ni jadi berjayalah..siap ada seminar tarikh lahir lagi..

adoyai..

noorafzan.blogspot.com said...

tak percaya tak percaya tak percaya..
logik sikit la bai.

takkanlah semua yang under kategori tertentu tu sama.
Siap ada yang terbalik-terbalik lagi.
tu yang buat jadi lawak tu.

tapi kalau percaya juga tu dah jadi syirik.
Apa apa halpun semuanya dari Allah SWT.

Tapi terkejut juga bila bro kata ada yang siap buat seminar tarikh lahir. Sayapun nak cakap, adoyai!

noorafzan.blogspot.com said...

Ada error :

"tapi kalau percaya juga tu dah jadi syirik.
Apa apa halpun semuanya dari Allah SWT. "

tukar jadi;

"tapi kalau percaya juga tu dah jadi syirik.
Apa apa halpun yang baik-baik tu datang dari Allah SWT dna yang tak baik itu pula datang daripada hasil kekhilafan kita sendiri."

azzey said...

noor afzan: api & angin?.....camner tu ye?.......okay je tu.....:)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics