Followers

Wednesday, September 30, 2009

Keteku selepas 2 bulan..~

Dah 2 bulan usia keteku..
Erm..masih terlalu awalkan..
Sedangkan dah ada 2 kesan calar..
huhu~
semuanya berlaku di rumah...
yeee..di garaj rumah sendiri..
Nasib baek la kat jalan die BAIK..

1st calar tu kena masa nak masuk parking ke dalam..
lupa lak ada satu besi concrite yang terjuntai baik punya kat belah bawah..
Sedar2 dan ada kesan lekuk kecil kat keteku~
ukuran diameter 1cm rasanya..
alahai..~

sedih jugak la~

2nd time kena masa nak kuar dari umah, i ngat nak gi majlis buka posa kat umah member.
tapi, masa reverse tu x pasan body dah terkena kat motor abg sedara yang parking betul2 tepi kete aku..
sampai terjatuh la motor tu..
sib baek sikit jer..
tapi tetap ada satu garis sepanjang 3cm kat kete tuh..

Memang kalau sekali pandang tak ada ape kesanpun kat kete tu..
Tapi bila tengok betul2 memang nampak la..

p/s: To BF, sorry tak bagitau pasal nih. Malu la sebab salah saya sendiri..
Awakpun tak perasankan ada calar kat kete saya?
tul x?

Ayamku masih hidup tau~

last few months, saya ada inform pasal anak angkat saya..
Si anak ayam yang cumel tuh..
Sudah besar dia sekarang..
Still hidup ye kawan2..
Tiap2 hari sebelum maghrib, die sudah bertenggek di atas kerusi tepi tingkap luar dapur.
Dia akan menghadapkan kepalanya ke dalam rumah kami..
Setiap kali itu jugalah saya akan pergi menjemputnya..
Mendukungnya dengan penuh kasih sayang..
Masukkan dalam sarang aka kotak air mineral beralaskan baju lama..
Selepas itu, kotak itu saya katup kemas..
Dia akan tidur dengan lena di situ sampailah masa sesorang membuka penutup kotak itu keesokan paginya.
Masa tu kalau sayalah seseorang itu, saya akan dukung die dan letakkan di atas tanah.
Dia akan lari mencari bapa angkatnya.
Dan seperti biasa menjelang maghrib dia akan kembali bertenggek di atas kerusi di tepi tingkap luar dapur saya menanti di dukung ke sarang.

p/s : harap2 ayam saya nih akan terus membesar dengan sihat dan kuat. Tanpa diganggu anasir2 luar..aammiiinnn~

Serba salah~

Serba salah..
Diluah mati emak..Ditelan mati bapa..
Perumpamaan yang sesuwai tuk menerangkan perasaan tersebut.
Semua orang yang berhati perut mesti pernah merasainya.
Orang yang tak pernah rasa dikategorikan HATI BATU..
Betul2 pentingkan diri sendiri..
Pilih je salah satu tanpa menyesal..

Orang macam ni pun boleh dikategorikan sebagai orang yang YAKIN DIRI..
Langsung tiada rasa serba salah sebab dah tahu dan yakin dengan salah satu daripada 2 pilihan tersebut..

Kadang2 serba salah itu datang juga walaupun kita sudah memilih..
Masa memilih itu kita dah YAKIN DIRI..
Tapi, once kita dah melangkah dan berada di pertengahan jalan, kita jumpa satu simpang lain selain daripada jalan yang kita pilih tadi..
Kadang2 jalan itu lebih menjamin daripada jalan yang kita dah pilih tu.

Tapi, kat hujung jalan yang kita dah pilih tu dah ada yang menunggu dengan penuh harapan..
Dan mereka amat mengharapkan kita sampai ke hujung jalan tu tanpa tergugat dengan simpang-simpang yang akan kita jumpa sepanjang jalan..
Sebab kita dah YAKIN DIRI memberitahu mereka kita memilih jalan itu sebelum memulakan perjalanan.

Masa tu lah kita akan jadi SERBA SALAH..
Masa tu lah kita jadi lemah..
Kadang2 rasa macam nak patah balik.
Tak perlu memilih antara keduanya.
Tapi ia tidak adil untuk jalan pertama yang kita pilih.
Hmm..

Jadi salahkah kalau kita teruskan je perjalanan tanpa menoleh ke belakang..apatah lagi menoleh ke simpang kanan ataupun kiri?
Kenapa harus memilih?
Alahai~

p/s : ni observation saya sahaja dan saya bukan SERBA SALAH nak pilih BF atau pilih orang tapi ia berkaitan dengan memilih aktiviti di hujung minggu yang singkat cuma.
Ahaha~

Tuesday, September 29, 2009

--nasib ke dugaan?--

Semua orang pernah di landa musibah..
Betul x?
Walau sekecil manapun ia tetap terasa kan..

Pernah tak kita terfikir yang musibah itu bukanlah semata-mata takdir tapi ia berlaku kesan dari tindakan kita sendiri..
Kita sebagai manusia sering menyerahkan kepada takdir semata lagi2 kalau yang berlaku tu teruk.

Sebagai contoh, kita tersepak sesuatu yang menyebabkan kaki cedera.
Dan selalunya kita akan menyalahkan nasib atau menyalahkan sesuatu yang kita langgar tu tanpa muhasabah diri sendiri..

'isk, camane batu nih tetiba ada kat sini..'
'aduh, sape la nak pedajal aku dengan letak batu kat sini'
'aduh, malangnya nasib aku hari nih..'

Jarang kita berfikir seperti ayat di bawah nih...
lagi2 bila amarah menguasai diri..

'salah aku sebab tak berhati2 ketika berjalan..'
'salah aku sebagai perempuan kerana tidak menutup kaki dengan stoking. kalau tidak mesti tak cedera macam ni'
'mesti ada sesuatu kesalahan yang aku lakukan hingga ditimpa musibah ini'
' takpe, harap2 ia dapat mencuci sedikit dosa-dosaku'

Saya hanya bagi contoh2 kecil sahaja.
Ada banyak lagi yang boleh dijadikan contoh..
Seperti gagal dalam ujian atau peperiksaan kerana tidak belajar secara smart, tidak bekerja kerana masalah sikap.

Tapi saya tak nafikan ada juga yang benar2 bermusibah kerana nasib.
Contohnya,

Si Polan tidak dapat belajar dengan sempurna kerana kesempitan hidup..
Si Polan kehilangan orang yang disayangi..
Si Polan mendapat anak yang cacat ataupun berpenyakit kronik..
Si Polan kehilangan kesempurnaan tubuh badan sehingga tidak mampu bekerja..
Si Polan di timpa penyakit berbahaya..

Semua takdir dan nasib tersebut adalah dugaan Allah kepada hambaNya sebagai ujian..
Orang yang susah dan ditimpa malang sebenarnya lebih mudah mendekatkan diri kepadaNya.
Bernasib baik itu juga satu dugaan..
Malah ujian itu lebih besar..
Kerana orang yang bernasib baik begitu mudah untuk menjadi takbur dan bongkak..
Mudah untuk melupakan Yang Maha Esa.
Mudah menjadi alpa dengan dunia yang hanya sementara.
Sedangkan segalanya datang dariNya.

Sebenarnya musibah itu peluang terbaik yang Allah berikan kepada kita supaya sentiasa sedar diri dan lebih bersyukur pabila mendapat nikmatNya.
Musibah itu menujukkan Allah sayangkan kita.
Kerana dunia ni hanya sementara. Akhirat tu yang patut kita kejarkan.
Jadi, mulai hari ni sama2 la kita berusaha untuk BERHENTI MENGELUH pabila dilanda musibah..

Monday, September 28, 2009

First day keluar beraya~Syawal 8

Assalam..
Dah raya ke 8 baru ada chances nak beraya ngan kawan2 n yang tersayang..
Pagi2..dah prepare nasi lemak..
(tapi saya sempat goreng ayam jer..alahai..)
Confirm ramai akan datang beraya umah selepas 4 hari kami beraya di kampung..
Pagi tu sorang sahabat alumni lambaian, Kak Syila massage ajak beraya.
Saya bagitau saya busy memasak sebab ada saudara mara nak datang beraya.
Diapun ambil keputusan nak datang beraya ke rumah saya.
Saya balas

"kul 3 akak datang bleh?"

Dia cakap akan confirm balik nanti..

Kul 10.30 saya dah keluar ngan BF.
Ingatkan nak pegi beraya umah kawan2 kami..
Rupanya pi shopping mall.
Layan Burger King..
(saya juga yang minta die belanja masa malam sebelumnya)
n then jalan2 cari novel kat MPH.
Sambar 3 novel terus.
Kena la dalam RM56.
(Nanti saya review pasal novel2 nih..)
Pastu kul 1.30 gerak balik umah.
Kul 2.00 camtu sampailah tetamu kami iaitu pakcik sedara sefamily.
Hidang nasi lemak ayam dengan air oren ais.
Then,
Dapat mesej from Kak Syila.

"salam, akak baru gerak dari umah pi amik Sport then pi umah awak. Nanti akak kol kalau tak jumpa jalan hehe"

Sayapun prepare makanan dan air yang sama seperti di atas tuk tetamu yang anggaran paling kurang 2..paling ramai 4 orang.
Mereka sampai dalam kul 3.30 selepas mengikuti direction mudah yang saya bagi thru phone call.
Makan2..sembang2..
Kul 4.30 camtu saya ikut mereka pergi beraya di Semenyih.
Rumah salah seorang alumni lambaian gak, Kak Mariam.
Kat sana kami makan Mee Bandung.
Sembang2 tak hengat dunia lepas maghrib baru kami gerak.
Ingat nak pi beraya umah Abang Sport lak tapi kami TERsinggah di kedai makan area Bangi Perdana.
Lepas makan kat situ, kamipun kembali ke jalan yang benar.
Minum air Rosehip tea, air teh jepun.
Sedap gak rasanya.
Makan kek kukus coklat sikit.
Then, Kak Syila ngantor saya pulang.
Berakhirlah jalan2 raya saya bersama kawan2 ngan orang yang tersayang pada 8 syawal.
9 Syawal dah mula kerja balik..alahai~
Next week nak pi beraya di Johor laks.

p/s : kerana happy sangat beraya tiada sebarang picta yang diambil walaupun kamera ada je dalam beg.

Sunday, September 27, 2009

Fantasy Game..apekah?

Entah macam manalah saya boleh terjebak dengan games nih..
Atas ajakan kawan2 saya join la game nih..
Tapi saya memang betul2 baru nak bertatih..
So, dalam group kami tuh, saya la yang paling corot..
alahai~
X pe la..
saya memang kureng sket bab2 football nih..

Tapi best jugak sebab at least tak ada la jauh sangat ketinggalan.
Cuma beza beberapa point je..
Dah kata tujuannya nak meramaikan majlis..
err..memeriahkan aje..
Nak menang tu jauh sekali..

Kepada bloggers2 yang teringin nak cuba game nih..
Sile la ke address nih..
http://fantasy.stadiumastro.com/
Ada peluang tuk menang duit tau..
ahaks~

Kite cuma bertindak sebagai pengurus pasukan jer..
Choose pemain2 yang kita suka..
Game ni pun free je..
X yah kuar duit..
Cuma kena spend masa dan tenaga tuk perah otak pilih players je..

Good luck my fren~

Saturday, September 26, 2009

4 Hari di Kelantan...part 4

hari ke 4..
hari terakhir kami di kampung..
awal2 tu amik gambar dulu ngan keluarga incik nawawi yang numpangkan teratak tuk kami berteduh 4 hari..
Dua si kecik pompuan berbaju biru tuh la anak beliau..

close up sikit..
comelnyer..
geram tengok..
lagi2 yang berambut lurus tuh..
Nama dia Ipa..
yang bertudung hijau itulah ibu kepada si kecil 2 orang tuh..
Dan dialah sepupu kami..kak Khana..


setelah dikemaskini, inilah barang2 yang nak disumbat balik ke kereta orenku itu.
Ada bantal busyuk sekali daa~



Sempat lagi kami pergi melawat nenek saudara kami..Toksu..
Melawat Pakcik Heng yang sakit buat kali ke 2..
Ni picta2 rentetan perjalanan ke situ..
tak jauh, seberang jalan je rumah mereka..
ni pic umah tumpangan kami yang diambil from jalan..

Ni la jalan yang memisahkan umah tumpangan kami tu dengan umah TokSu..

Tu kakak saya ngan abang saya depan umah TokSu..

Er..sebenarnya nak fokus kat DUN Semerak dan Parlimen Pasir Puteh..
Ya, di sinilah kampung saya..

umah kaler merah tu umah abang kepada ayah saya..
Pak sedara saya la..namanya Abdullah..

Ni la view depan umah TokSu kami..merah gitu..

pintu umah mereka..
mari serbu..

Inilah dia pakcik Heng..
Kasihan dia terbaring jer..

Er..ni tapai pulut..
sedap nih..
Kak Linda, cucu kepada TokSu buat..

Ni Hatta nama dia..
Sepupu kami yang belajar kat UMS..
Jauh tu..

Ni lak sepupu adik epada hatta..nama dia Sihu..
tengah belajar kat Poli Jitra amek course Ukur Bahan..


Selepas itu, kami bersiap-siap untuk pulang.
Bersalam-salaman.
last sekali..
time for say cheese~~~
Ni baru sikit..
Ada 4 family je..
Kalu ikutkan lebih 10 family yang datang..
Tapi semua dah pulang awal..

Kami bertolak dalam kul 12.
Mula2 nak singgah Pekan Pasir Puteh.
Kononnya nak bekal Budu ngan buah2..
Tapi, jalan sesak amat.
Kami cancelkan niat dan mulakan journey balik ke KL.
Jalan sesak sampai ke Kuala Krai..
iaitu di simpang nak ke Gua Musang.
Kami sampai di situ kira2 Kul 2.
Kami solat dulu dan berhenti makan kat kedai sup.
Nasi putih, telur dadar, sup tulang semangkuk besar tuk 6 orang makan harga RM64 inggit..
Mahal betul..

lepas tu, kami mula bertolak semula dalam kul 3.
Sampai kul 6 pun kami masih lagi kat Gua Musang.
Kami sampai di simpang Sg.Koyan Kul 7.30..
Kami singgah di masjid itu tuk solat dan membersihkan diri.
Lepas tu kami teruskan perjalanan ikut jalan dalam.
Sampai kat Bentong kira2 kul 10.30.
Sempat benti makan lagi ..
Kat sini kami makan nasi goreng kampung tuk 6 orang, telur dadar tuk 6 orang, ayam paprik sepinggan, ikan siakap 3 rasa seekor kena RM70 inggit jer..
Murah dan berbeza sekali harganya dengan harga kat Kuala krai tadi.

Kami bertolak masuk highway.
Sampai umah kira2 kul 1 pagi..
Alahai...penat tak hengat punya.
Terus masuk tidur..

4 Hari di Kelantan...part 3

Hari ke 3 di Kelantan kampungku..
Hari ke 3 nih lagi ramai sedara mara yang datang..
Atuk from Ajil, Terengganupun datang.
Meriah sangat.

Hari ni juga majlis kenduri belah lelaki berlangsung.
Seekor lembu ditumbangkan untuk buat gulai kawah..
Lauk yang saya paling suka gulai kawah daging fresh dan kerabu nangka..
x sempat amek gambar masa kenduri tuh..
kalau diikutkan majlis memang meriah dengan makanan je..
Kami orang muda langsung tak berpeluang membantu di dapur..
Semua di take over oleh otai2 kampung..
Sudahnya kami boleh tertidur semula sampai tengahari..
Bangun2 je terus bersiap..
Kat luar dah ramai orang..
Pengantinpun dah lama sampai..
Sudahnya..
ada 1 jer picta..

Ada sorang bapa saudara saya ajak pergi rantau panjang shopping tapi kami malas pulak.
Kereta pulak kecik bonetnya.
Myvi je...alahai~
Tak muat nak isi barang banyak2..

Petang tu kami tidur beramai2 kat bilik..
Penat punya pasal.
Dalam kul 6 camtu kami sempat lagi makan nasi..
(hari tersebut 3 kali makan nasi..gile banyak..)

Malam tu kami pergi melawat rumah mak saudara aka adik ayah saya.
Mokcik Saba dengan suaminya Pokcik Napi..
Aik, nampak macam sedang mengadap nasi buat kali ke 4..
Tapi bukan..
Mereka macam paham2 kami dah kenyang..
dihidangkan kepok ngan air teh o..
(air oren pun ada..)


Kat TV ada cerita menarik..
Sempat kami melayan cerita Sifu dan Tongga..
Hujan pulak turun dengan lebat..
Sib baik la TV3..
Tak de Astro pun tak pe..

Lawak betul cite tuh.
Ada ke layan barbeque kat roundabout..
motosikal dipanggilnya basikal.
Then, habis je cerita kami balik tidur.
Sebelum tu sempat snap picta dengan sepupu2 kami...
Dua2 still belajar lagi..
Yang baju kuning tuh bakal jururawat..
Yang baju pink tu bakal amek STPM..


K, tata..
nanti sambung last part..
Part 4 coming soon~

Friday, September 25, 2009

4 Hari di Kelantan...part 2

Hari ke 2 di kampung,
Kami bangun awal.
Bersarapan nasi lemak..
nyum2..
Kendian saya bersiap ke kubur nenek.
Punyalah lama tak ke sana, kami lost sekejap sebab tak jumpa kubur nenek.
Dekat2 nak balik baru jumpa.
Alhamdulillah..
Ayah membersihkan sikit kubur tersebut..

Balik je dari kubur, kami mula bersiap tuk berarak sebagai wakil pengantin lelaki..
Sebanyak 12 kereta konvoi ke Pasir Mas.
Jalan bukan main sesak..
Bertolak kul 11.
Dekat kul 1.30 baru sampai.
Sampai je kami terus ke masjid untuk langsaikan upacara pernikahan.
Ada la sekeping dua gambar kat masjid..
Dari kiri Kakak pengantin lelaki, Kakak ipar pengantin lelaki dan saya..
Ni la wajah pengantin pompuannya..
Namanya Ina..


Kat sini saya tepekkan picta antara hantaran tuk pihak pompuan..
Ni kasut ngan handbag..

Ni kain ela..
ada 2 kain ela..
lagi satu warna kuning kalau x silap..
Ni pulak barang2 kemasa diri untuk pompuan..
Selain itu, ada lagi beberapa hantaran seperti pulut, buah-buahan..
kalau dikira ada 7 dulang..
berbalas 7 dulang juga..

Selesai je kami terus ke rumah pengantin perempuan.
Bertukar hantaran dan makan kenduri..


ni ada picta hantaran from pompuan..
ni kek..

Ni lak tali pinggang..
Selain itu ada juga pulut..
kemeja..
barang2 kemasan diri..
lepas tu..
Sempat amik gambar pengantin..

yeay..makan time..
macam ni keadaan tempat makan..
penuh umah..


ni depan bilik pengantin..
yang bertudung kuning itulah mak pengantin lelaki..


ni adik ngan abang saya yang lambat makan..
orang lain dah kenyang, diorang baru nak naik umah..

Kendian, kami balik..

Masa nak balik tuh, kami singgah kat rumah saudara kami.
Lama juga singgah.
Hari dekat maghrib baru kami pulang..
Balik jer terus je mandi, makan malam sebelum pergi melawat rumah Nenek saudara kami yang tinggal berhampiran.
Menantunya Pakcik Heng sakit.
Lumpuh seluruh badan kecuali muka dan tangan kanan.
Kami balik semula ke istana hinggap kami lepas jam 10.30..

Hari ke 3 dan ke 4..
nanti saya wat part 3 and 4 laks yer..

4 Hari di Kelantan...part 1

4 hari dah saya senyap..
Blog nih pun dah mula bersawang..
Terpaksa mengerah tenaga membersihkan rumah sendiri sebelum boley melawat rumah kawan2..


Hari ni dah masuk raya ke 6..
Dah 6 hari menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa..
Bermula raya ke 2, kami sekeluarga mula bertolak dari rumah..
Ni picta masa nak mula bertolak..
yang pakai baju kaler kuning, merah ngan pink tu tak join..
sekadar menghantar kami jer..




Kedai2 memang banyak yang masih tutup..
Sampailah kami kat area Merapoh baru ada kedai melayu yang buka.
Perutpun sudah lapar.
Kami singgah di situ..
Kami jumpa Rina dan Rini..
Rini tu bekas pelajar AF7..
Tapi tak la excitedpun..Tengok dari jauh je..
Diorang sekeluargapun berhenti makan kat situ gak..

Lepas tu kami bertolak semula..
jalan sesak tak hengat..
tak caye..
tengok le picta nih..


Ni dah nak masuk simpang ke Kuala Krai..


perjalanan masih panjang lagi nih..



Masa dah dekat2 sampai tu kami lalu ikut Bukit Bakar..
Sempat kami singgah minum kat sana..
Ada 2 ekor kucing yang comel..



Dari situ terus tembus ke Pasir Puteh tanpa perlu melalui bandar Machang..
Dalam kul 8 kami sampai kampung kami..
Melepak berborak tak hengat punya.
Kul 12 kami masuk tidur..

k sambungan dalam part 2 laks yer..

Monday, September 21, 2009

Pic Raya semalam..

Salamz all..
Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin daripada saya..
Hari nih dah raya ke 2..
Hari nih juga saya sefamily akan berangkat pulang ke kampung halaman di Kelantan..
Actually, atuk dan nenek dah tak de di Kelantan.
Yang ada kat sana cuma adik beradik ayah sahaja.
Kebetulan, abang saudara saya akan kahwin pada 3 syawal (tomorrow..).
Sebab tu kami balik.
Biasanya kami balik Terengganu sahaja..(atuk kami dah pindah ke sana..)
Dan bukan Terengganu..

Saya akan pergi sana selama 4 hari..
Sehingga hari Khamis..
So, saya akan OFFLINE lagi..

Ni pic saya ngan ayah saya semalam..
enjoy..

Saturday, September 19, 2009

Kad raya dari NoorAfzan Simple Me untuk kawan2 semua~

Saya nak bagi gak kad raya tuk semua..
x kira la pelawat silent readers.
followers2 blog saya..

ermm..
jap yer saya edit sket..
x reti amat..

...sejam kendian...

k saya tepek yer..
amek tau kawan2..
ikhlas daripada saya...

Photobucket

Terima Kasih bagi Kad raya~

Salam semua..
Kali nih saya nak kumpul kad raya yang saya dapat dari kawan2..
Saya nak ucapkan beerbanyak2 terima kasih sebab sudi melayangkan kad raya istimewa untuk saya..
19 kad raya semuanya~
check mai..mana tau kad raya anda lupa saya amek..
Sound je kat ruangan kumen tuh yer..


yang nih from cikYana..



yang nih from cayril-Z..



yang nih lak from TeratakIndah..




nih from..setiasahabat..


tulus iklas dari setiasahabat

wah, setiasahabat bagi duit raya seratus inggit sekali la..yeay!





nih lak from lionteen..



ok, yang nih from adik sayang saya intanurulfateha..



nizamsanipun ada bagi kad raya tapi pelik sikit la..
pepun thanks ya bro..



yang nih daripada ihsan..



k, last wat masa nih from eyna..


Nih from Hanida..



from 13May laks..



Nih from amANI..



mintang telip2..pulak~



YUP, yang nih kad raya special daripada Faarihin..
ada alien gitu..ehehe~



k, next from Fadhlah



k, next is from Bella



hapacrita? aka stingray nye kad raya..



fanapicaholic pun ada kad gak..



last sekali hari nih..from farieyna..


TERIMA KASIH YER..
Ada siapa2 nak bagi kad raya kad saya..?
Sempena hari mulia yang semakin nak menjelma nih..
sayapun nak ucakan selamat hari raya kepada semua bloggers yang dengan sudinya datang menjengah dan support kewujudan blog saya di alam maya nih..

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics