Followers

Wednesday, September 16, 2009

TIRED BUT YET HAPPY~

Hari ni memang dah plan nak makan kat IKEA..
Tapi, x sure lak kat kedai mana satu..
So, abis je office hour terus gi sana..
Sudahnya 5.30 gitu saya dah tercongok kat IKEA tuh..

Call la BF yang masa tu on da way..
Malkum la, dia balik kul 5.00..
Saya 4.45 dah cabut..
lagipun jarak dari tempat kerja tu dekat je bagi saya..
BF lak terasa la jauhnya..

Dia suh pergi beratur kat kafe IKEA..
Ada buffet ramadhan..
Guess what?
Murah je makan kat situ..
RM19.50 for adult..n
RM9.90 for children..
Dan makanannya memang sedap..
Berbaloi-baloi kata AMY SEARCH dalam iklan CELCOM..

Puasa tinggal 4 hari lagi tau..
Sesiapa nak makan buffet yang murah tapi sedap..
Sile serbu IKEA dekat Damansara tuh..
So, malam nih memang saya terasa amat letih dan ngantuk..
Lepas nih saya dah mahu masuk tidur..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya baru kerja setahun..
Tapi lepas setahun nih saya banyak berfikir tentang apa sebenarnya yang saya inginkan..
dan kejar dalam hidup..
Kalau ikut hati nak kerja yang boleh wat hati bersih je..
Tapi bila lama2 kerja dalam area sekarang nih..
Rasa macam hati nih mudah sangat nak kotor..
Ye la..dengan macam2 ragam manusia dan macam2 peel yang kadangkala sangat menduga kesabaran..
dan keimanan..
Saya rasa ada baiknya juga kalau saya berfikir untuk apply jadi tutor..
ataupun apply sambung master jer..
jauh dari dunia kerjaya yang penuh dengan hipokrasi dan selfish minded.

Tapi, yakin ke tak ada masalah lagi bile tukar bidang..?
Tak juga kan.
Sebab manusia nih kat mana2pun, kita akan jumpa juga masalah, peel, situasi yang lebih kurang sama ..
Cuma kite jumpa orang yang berbeza je..

Sebenarnya, the best one is belajar untuk mencintai kerjaya kita..
Bila kita dah cintakan kerjaya kita..
Segala dugaan dan cabaran yang mendatang tak akan mematah semangat..
malah menyuntik lagi semangat untuk mengatasi cabaran dan dugaan tersebut..

Kepada yang dah berkerjaya, anda tentu pernah alami situasi paling teruk dan bertekanan sepanjang kerjaya anda..
Dan anda memang hebat bile dapat atasi dan berjaya keluar dari situasi yang langsung tak best tuh..
Dan kepada yang baru nak berkerjaya..
Good luck ya~
nite all~

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics