Followers

Tuesday, September 29, 2009

--nasib ke dugaan?--

Semua orang pernah di landa musibah..
Betul x?
Walau sekecil manapun ia tetap terasa kan..

Pernah tak kita terfikir yang musibah itu bukanlah semata-mata takdir tapi ia berlaku kesan dari tindakan kita sendiri..
Kita sebagai manusia sering menyerahkan kepada takdir semata lagi2 kalau yang berlaku tu teruk.

Sebagai contoh, kita tersepak sesuatu yang menyebabkan kaki cedera.
Dan selalunya kita akan menyalahkan nasib atau menyalahkan sesuatu yang kita langgar tu tanpa muhasabah diri sendiri..

'isk, camane batu nih tetiba ada kat sini..'
'aduh, sape la nak pedajal aku dengan letak batu kat sini'
'aduh, malangnya nasib aku hari nih..'

Jarang kita berfikir seperti ayat di bawah nih...
lagi2 bila amarah menguasai diri..

'salah aku sebab tak berhati2 ketika berjalan..'
'salah aku sebagai perempuan kerana tidak menutup kaki dengan stoking. kalau tidak mesti tak cedera macam ni'
'mesti ada sesuatu kesalahan yang aku lakukan hingga ditimpa musibah ini'
' takpe, harap2 ia dapat mencuci sedikit dosa-dosaku'

Saya hanya bagi contoh2 kecil sahaja.
Ada banyak lagi yang boleh dijadikan contoh..
Seperti gagal dalam ujian atau peperiksaan kerana tidak belajar secara smart, tidak bekerja kerana masalah sikap.

Tapi saya tak nafikan ada juga yang benar2 bermusibah kerana nasib.
Contohnya,

Si Polan tidak dapat belajar dengan sempurna kerana kesempitan hidup..
Si Polan kehilangan orang yang disayangi..
Si Polan mendapat anak yang cacat ataupun berpenyakit kronik..
Si Polan kehilangan kesempurnaan tubuh badan sehingga tidak mampu bekerja..
Si Polan di timpa penyakit berbahaya..

Semua takdir dan nasib tersebut adalah dugaan Allah kepada hambaNya sebagai ujian..
Orang yang susah dan ditimpa malang sebenarnya lebih mudah mendekatkan diri kepadaNya.
Bernasib baik itu juga satu dugaan..
Malah ujian itu lebih besar..
Kerana orang yang bernasib baik begitu mudah untuk menjadi takbur dan bongkak..
Mudah untuk melupakan Yang Maha Esa.
Mudah menjadi alpa dengan dunia yang hanya sementara.
Sedangkan segalanya datang dariNya.

Sebenarnya musibah itu peluang terbaik yang Allah berikan kepada kita supaya sentiasa sedar diri dan lebih bersyukur pabila mendapat nikmatNya.
Musibah itu menujukkan Allah sayangkan kita.
Kerana dunia ni hanya sementara. Akhirat tu yang patut kita kejarkan.
Jadi, mulai hari ni sama2 la kita berusaha untuk BERHENTI MENGELUH pabila dilanda musibah..

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics