Followers

Friday, September 18, 2009

Kahwin...bersedia ke?

Salam..
Baru2 nih ada blogger yang bernama x-po mengutarakan pasal kahwin..
Nak kahwin umur berapa?

Saya terpanggil tuk mengulas juga pasal isu kahwin..
Tapi bagi saya umur nak kahwin itu tak penting.
Yang maha penting ialah preparation dari segi mental dan fizikal kedua bakal mempelai tuk memasuki dunia baru..
Dunia perkahwinan yang diharapkan hanya sekali sumur hidup dan kekal hingga ke akhir hayat.

Walaupun saya dah masuk umur 24 tahun tapi sebenarnya saya tahu yang saya masih belum cukup kuat untuk hadapi dugaan bila berkahwin.
Sebabnya, kita sebenarnya tak dapat jangka apa yang akan berlaku selepas perkahwinan tersebut.
Masa belum kahwin, memang la kita rasa kita dah saling memahami antara satu sama lain.
Tapi, masa tu tetap ada batas2 tuk menunjukkan diri sebenar.
So, bila lepas kahwin, kita tak boleh nak expect pasangan kita sama dan sejibik macam masa belum kahwin.

Lagi satu, keimanan dan persediaan tuk jadi suami soleh dan isteri solehah..
Yang ini memang BERAT sekali tanggungjawabnya.
Dan bagi lelaki pulak ada lagi satu iaitu tanggungjawab kepada ibu bapanya sendiri selepas kahwin.
Kena pandai menjaga hati kedua-duanya..kena adil kepada kedua-duanya..
Yang penting kena berpegang kepada 'Berbuat kebaikan, jauhi kemungkaran'
Yang isteri kena la memahami dan tahu tanggungjawab untuk membantu suami..
Yang si ibu juga kena memahami dan bertolak ansur juga dengan menantu..
Untuk sentiasa berpegang kepada agama itu tidak sukar tapi tuk mengekalkan pegangan di kala rumahtangga dilanda krisis memang sukar..boleh goyah la kan..

Bermasam muka..
Tekanan..
Tak bahagia..
Boleh membawa kepada penceraian..(nauzubillah..minta dijauhkan..)
Nak2 kalau kita tunduk tanpa disedari kepada nafsu amarah ditambah pulak dengan hasutan syaitan..

Memang kemampuan dari segi kewangan juga penting.
Memang duit itu penting..tapi duit bukan segalanya..
Biar miskin harta tapi kaya budi bahasa..
kaya dengan pahala..
kaya dengan kebahagiaan..
Sebab duit memang tak boleh nak ditukar dengan kebahagian..

Haaa.
saya bercakap dari mata hati saya..
Dan ini pendapat peribadi saya..
Terpulang kepada anda tuk terima atau x..
Tapi saya tetap nak ulas..
kat blog saya nih..

p/s : apa pula pandangan anda..? saya rancang nak kahwin bila dah ready.. n dapat seru..ahaks

5 comments:

Chenad said...

ehm..btl3...
klu x sedia wat pe nk kawin..
yg pnting solat istgharah dlu..
minx ptunjuk Allah dlu sblm wat pape..
Allah th ape yg t'baik utk kte..hehe..
wallahualam..

Cayril Ikhwan said...

waa..kawen nie bukan perkara kecil-kecilan ..membawa kepada seumur hidup kita..so sblum nak berrumah tangga pasti kan diri kita sudah bersedia...

..::بشرى::.. said...

cuba baca buku "kuliah,nikah dan kerja","bila hati rindu menikah",dan "indahnya pacaran selepas kahwin"...best la

intanurulfateha said...

.err nk kawen gakkkkkkkkk

noorafzan.blogspot.com said...

chenad..
betul tuh..

cayril..
betul2..

bashri..
nanti saya cari..

cik intan..
hehe~
bile tuh cik intan?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics