Followers

Saturday, September 26, 2009

4 Hari di Kelantan...part 3

Hari ke 3 di Kelantan kampungku..
Hari ke 3 nih lagi ramai sedara mara yang datang..
Atuk from Ajil, Terengganupun datang.
Meriah sangat.

Hari ni juga majlis kenduri belah lelaki berlangsung.
Seekor lembu ditumbangkan untuk buat gulai kawah..
Lauk yang saya paling suka gulai kawah daging fresh dan kerabu nangka..
x sempat amek gambar masa kenduri tuh..
kalau diikutkan majlis memang meriah dengan makanan je..
Kami orang muda langsung tak berpeluang membantu di dapur..
Semua di take over oleh otai2 kampung..
Sudahnya kami boleh tertidur semula sampai tengahari..
Bangun2 je terus bersiap..
Kat luar dah ramai orang..
Pengantinpun dah lama sampai..
Sudahnya..
ada 1 jer picta..

Ada sorang bapa saudara saya ajak pergi rantau panjang shopping tapi kami malas pulak.
Kereta pulak kecik bonetnya.
Myvi je...alahai~
Tak muat nak isi barang banyak2..

Petang tu kami tidur beramai2 kat bilik..
Penat punya pasal.
Dalam kul 6 camtu kami sempat lagi makan nasi..
(hari tersebut 3 kali makan nasi..gile banyak..)

Malam tu kami pergi melawat rumah mak saudara aka adik ayah saya.
Mokcik Saba dengan suaminya Pokcik Napi..
Aik, nampak macam sedang mengadap nasi buat kali ke 4..
Tapi bukan..
Mereka macam paham2 kami dah kenyang..
dihidangkan kepok ngan air teh o..
(air oren pun ada..)


Kat TV ada cerita menarik..
Sempat kami melayan cerita Sifu dan Tongga..
Hujan pulak turun dengan lebat..
Sib baik la TV3..
Tak de Astro pun tak pe..

Lawak betul cite tuh.
Ada ke layan barbeque kat roundabout..
motosikal dipanggilnya basikal.
Then, habis je cerita kami balik tidur.
Sebelum tu sempat snap picta dengan sepupu2 kami...
Dua2 still belajar lagi..
Yang baju kuning tuh bakal jururawat..
Yang baju pink tu bakal amek STPM..


K, tata..
nanti sambung last part..
Part 4 coming soon~

2 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics