Followers

Saturday, September 12, 2009

Addicted to Novel..huhu~

Salam semua..
Saya nak minta maaf sebab tidak berpeluang blogwalking ke semua blog kawan2..
sebabnya PC saya di rumah tu bila masuk kat certain blog yang berat, automatik die padam..
bile dah padam kena tunggu 2,3 jam baru ley on balik..
sebab lagi satu, dua tiga hari nih saya addicted to baca novel..2 novel yang saya beli tempoh hari udahpun selesai dibaca..
Novel yang kedua tu paling wat saya tak senang duduk..
Kat office time break pun saya curi2 baca..
Begitu taksabar nak tunggu ending..
Novel kedua tu namanya 'Surat Ungu untuk Nuha' karya Noor Suraya yang tak pernah saya kenali sebelum nih..
Ni karya terkini beliau iaitu karya ke enam kalau tak silap..

Ya Allah..Subhaanallah..
Indah sangat bahasa yang digunakan penulis dan ceritanya penuh dengan pengajaran dan ada penerapan cara hidup Islam yang mengajak kita muhasabah diri..
Jalan ceritanya sangat2 menarik..
Lain daripada yang lain..
Karyanya juga penuh dengan puisi2 indah..
Sudahnya dalam masa 2 hari nih, saya memang tak berkesempatanpun duduk di depan PC bila di rumah..
Masa senggang habis dengan menelaah novel tebal nih..
Yang bestnya memang tak ada langsung konflik darjat dalam novel nih..
Penulis sekarang nih dah bosan kot nak ketengahkan isu yang lapuk nih..

Cakap pasal isu2 ni terpanggil gak nak komen pasal drama2 TV sekarang nih..
Semuanya nak ketengahkan isu pihak baik dibuli...dipijak..
pihak yang jahat pulak hasad dengki..cemburukan pihak baik sampai sanggup lakukan apa saja hatta membunuh saudara sendiri untuk melampias nafsu hasad dan demi kepentingan sendiri..
Tapi pihak baik tuh sabar je..memang suci sangat la..(realitinya ada ke macam tu?)
At the end of story pasti yang jahat akan mendapat balasan setimpal sama ada mati atau merana..
Yang mati tu tak sempat nak insaf..
Yang merana tuh pulak akan insaf dan jadi baik..
Bukan semua drama tapi kebanyakkannya begitu la~

7 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics