Followers

Wednesday, September 30, 2009

Serba salah~

Serba salah..
Diluah mati emak..Ditelan mati bapa..
Perumpamaan yang sesuwai tuk menerangkan perasaan tersebut.
Semua orang yang berhati perut mesti pernah merasainya.
Orang yang tak pernah rasa dikategorikan HATI BATU..
Betul2 pentingkan diri sendiri..
Pilih je salah satu tanpa menyesal..

Orang macam ni pun boleh dikategorikan sebagai orang yang YAKIN DIRI..
Langsung tiada rasa serba salah sebab dah tahu dan yakin dengan salah satu daripada 2 pilihan tersebut..

Kadang2 serba salah itu datang juga walaupun kita sudah memilih..
Masa memilih itu kita dah YAKIN DIRI..
Tapi, once kita dah melangkah dan berada di pertengahan jalan, kita jumpa satu simpang lain selain daripada jalan yang kita pilih tadi..
Kadang2 jalan itu lebih menjamin daripada jalan yang kita dah pilih tu.

Tapi, kat hujung jalan yang kita dah pilih tu dah ada yang menunggu dengan penuh harapan..
Dan mereka amat mengharapkan kita sampai ke hujung jalan tu tanpa tergugat dengan simpang-simpang yang akan kita jumpa sepanjang jalan..
Sebab kita dah YAKIN DIRI memberitahu mereka kita memilih jalan itu sebelum memulakan perjalanan.

Masa tu lah kita akan jadi SERBA SALAH..
Masa tu lah kita jadi lemah..
Kadang2 rasa macam nak patah balik.
Tak perlu memilih antara keduanya.
Tapi ia tidak adil untuk jalan pertama yang kita pilih.
Hmm..

Jadi salahkah kalau kita teruskan je perjalanan tanpa menoleh ke belakang..apatah lagi menoleh ke simpang kanan ataupun kiri?
Kenapa harus memilih?
Alahai~

p/s : ni observation saya sahaja dan saya bukan SERBA SALAH nak pilih BF atau pilih orang tapi ia berkaitan dengan memilih aktiviti di hujung minggu yang singkat cuma.
Ahaha~

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics