Followers

Wednesday, February 12, 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang : Part 1

Salam korang..

Setelah sekian lama tak cerita pasal perkembangan diri, minggu ini saya nak cerita pengalaman percutian ke Sabah. Bagus untuk panduan rakan-rakan pembaca yang plan nak bercuti ke Sabah tanpa tourist guide. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cuma ada masanya terkejar-kejar sebab banyak tempat yang nak dikunjungi.

Day 1 : Khamis 06/02/2014

11 pagi.

Kami bertolak ke daripada Selayang ke KLIA. Alhamdulillah perjalanan pergi tak banyak masalah sebab hari bekerja. Jalan tak sesak dan kami sampai di KLIA dalam pukul 12 lebih. Sempat menjamu selera di Food Garden. Pukul 1.30 petang kami pergi solat Zohor sementara menunggu keluarga kakak ipar yang datang dari Shah Alam. Selepas solat, kami register dan print online ticket di kiosk dan seterusnya check in barang-barang luggage. Untuk 7 dewasa + 2 baby about 57 kgs. Taklah berat sangat. Ada banyak lagi space yang boleh diisi lagi. Mungkin bila balik dari Sabah nanti kot. Lepas check in barang luggage, terus check in untuk departure. Flight pukul 3.40 petang. Masa kami sampai itu 3.20 petang dah. Nasib baik sempat. Fuhh..

4.00 petang.

Masa ni dah panggilan masuk ke dalam kapal terbang dah. Kami antara yang terakhir naik. Malas nak bersesak-sesak. Dan tempat duduk kamipun antara yang paling belakang. Seat row 23. Dalam tu ada lebih kurang 30 row sahaja kot. Kapal terbang kecil. Setiap seat disediakan LCD TV Kecil. Bolehlah layan movie walaupun penerbangan hanya makan masa 2 jam sahaja. Tapi Emir Ikhwan hari tu memang aktif sangat. Tak boleh nak duduk diam. Remote TV tu memang jadi kegemaran dialah.

Dalam sejam selepas bertolak itu, makananpun disediakan. Kalau ikutkan boleh pilih nak makan nasi lauk ikan atau ayam. Tapi disebabkan kami ini duduk di row hujung-hujung maka nasi lauk ikanpun habis. Terpaksalah makan nasi lauk ayam. Tapi saya makan nasi itu dengan kuah sup sayur sahaja. Ayam tak boleh masuk tekak. Sedap juga sayurnya. Lepas itu minuman pula ada 3 pilihan sama ada jus epal, orange atau 7 Up. Mak mertua dan saya ambil jus epal manakala husband pula ambil jus orange. Sedap juga jus epal ini di tekak saya. Baby Emirpun disuap nasi lauk sayur juga. Adalah dalam 3 - 4 suap dia makan.

Lepas makan nampak semua satu family tidur. Saya pula yang tak boleh nak lelap sebab sakit kepala. Puncanya sebab hidung tersumbat. Sejuk tu dalam flight. Dah lah duduk tengah. Dengan mendukung infant lagi. Memang berharap cepat-cepatlah sampai KK.

6.30 petang.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Sampai sahaja terus ke imigresen. Selepas selesai urusan imigresen dia ada bagi satu resit. Resit itu kena simpan ye sebab ia umpama 'permit' kita sepanjang berada di Sabah. Kalau hilang, habislah!. Itu apa yang rakan kami yang tinggal di Sabah ni bagitahu. Selepas itu, kamipun ke tingkat bawah menuntut bagasi. Selepas itu, kami ke luar airport menunggu van sewa sampai. Husband cari van sewa inipun melalui Mudah sahaja. Senang kan. Urusan booking dilakukan melalui telefon sahaja. Van sewa kami sampai 15 minit kemudian sebab jalan agak sesak katanya.
Lepas dapat van, kami terus ke tempat penginapan.

Kami menginap di Marina Court Condo iaitu service apartment 3 bilik. Condo ini kakak ipar book online sahaja tapi bukan di website Marina Court yea. Kalau book melalui website Marina Court mahal. Ni kira macam owner dia dah beli unit condo from Marina Court dan sewakan sendiri pada oranglah. Nama owner condo yang kami sewa ni Uncle Ting. Memang murah sangat. RM300 semalam sahaja untuk condo 3 bilik. Lengkap dengan Astro, internet, dapur dan juga washing machine. Kami akan menginap di sini selama 3 malam.

8.00 petang.

Kami keluar selepas solat jamak maghrib dan isyak untuk mencari makan. Rakan kami yang tinggal di KK mencadangkan makan di Anjung Selera. Memang dekat sangatlah Anjung Selera itu dengan tempat penginapan kami. Kalau drive 2 minit sahaja sudah sampai. Malam itu kami makan di kedai bernama Laksamana. Saya makan Mee bandung + jus epal. Kombinasi yang tak kena dengan tekak saya malam itu tapi layankan sahajalah. Emir pula yang suka makan mee bandung ini. Mereka yang lain semua menikmati nasi goreng dan nasi berlauk. Bila kira-kira balik makn di situ satu kepala lebih kurang RM15 tak termasuk babies. Lepas menjamu selera, kami singgah membeli roti dan air mineral di 7 Eleven. Roti Gardenia dia tak sesedap yang di semenanjung. Kami hampir tertipu bila melihat packagingnya. Lepas itu kami terus pulang berehat.

Hari ke 2 destinasi kami ialah Pasar Basah KK, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli dan Tanjung Aru. Malamnya kami makan di Restoran Kampung Nelayan. Terlalu panjang ini diceritakan dalam entry ini. Jadi saya akan sambung cerita dalam part 2 pula. Ok bai!


No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics