Followers

Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Saturday, August 22, 2015

Hujung minggu dan minggu terakhir..

Salam semua..

Semoga yang berkerjaya mesti dok tunggu hujung minggu setiap minggu kan. Kalau hari jumaat tu bukan main happy bekerja sebab esoknya dah nak cuti. Tapi bila Ahad petang or malam tu dah mula rasa lemah- lemah lemau sebab esok dah kena bersesak di jalan raya untuk pergi kerja. Samalah dengan saya. Walaupun hujung minggu tak pergi mana- mana pun. Hanya duduk melepak di rumah sahaja tapi memang rasa seronok lagi-lagi pada yang dah ada anak. Seronok melayan anak depan mata. Kalau boleh hari- hari nak macam tu kan.

Lagi seminggu sahaja tinggal untuk saya bergelar pekerja tempat lama. Minggu seterusnya saya dah mulakan tugas di tempat baru. Rasanya pengalaman pergi dan balik kerja akan kekal sama. Sebab company barupun masih di bangunan yang sama. Cuma suasana kerja memang berubah. Kalau dulu mungkin rakan-rakan banyak yang local. Di tempat baru ni banyak international worker. Boss baru saya nantipun bukan orang Malaysia.

Berharap saya mampu menyumbangkan bakti kepada company baru ni. Masa zaman study dulu nama company ni antara yang saya berangan juga untuk masuk. Alhamdulillah, Allah izinkan jua. Hujung minggu ini memang ada tugasan sebelum masuk kerja. Kena isi borang-borang dan scan copy maklumat diri dan keluarga. Hari bekerja memang tak berkesampatan untuk siapkan.

Minggu terakhir di company lama ni ingat nak minta izin boss untuk melawat tempat kerja lama di rawang. Company sama cuma branch dan business berbeza. Harap-harap dapat keizinan. Aamin..

Friday, May 8, 2015

Cuti Labour Day : Cerita balik Langgar 2

Assalam..

Salam jumaat penuh barokah. Dah baca surah AlKahfi ke belum? Jom baca jom sebab sayapun belum baca lagi ni. La haii. Hari ni nak sambung pasal balik Langgar hari tu. Dalam pukul 1 kami selamat tiba di Langgar. Terus check in motel. Lepas check in terus pergi kenduri di rumah family mak su. Tak dapat jumpa Pak Su pun masa tu sebab dia tengah tidur. Kami dijamu gulai daging masak dengan umbut kelapa, ayam masak merah, ikan goreng dan ulam-ulaman. Air pula air oren gitu.

Masa kami sampai tu mak mertua, makngah, pakngah, family anak sulung makngah, kak yuli dan juga abang Nazrol sekeluarga baru lepas makan. Memang tinggal kami- kami sahaja masa tu. Lepas makan kamipun singgah pula ke rumah peninggalan moyang kami. Rumah tu dah dijual kepada pak su. Lewat petang keluarga mak ngah ajak pergi makan laksa kedah. Lepas asar baru kami keluar. Tup2 tak jadi sebab kedai tu tutup pukul 5. Tak merasalah laksa kedah kali ni. Pergi singgah Pekan Rabu yang baru. Lepak minum dan pekena roti kosong sekeping dulu beramai- ramai. Lepas itu baru masuk Pekan Rabu. Tapi tak dapat jalan-jalan sangat sebab bawa budak kecil ni besar sikitlah dugaannya. Anak mengamuk nak merayau sendiri dalam tu. Sudahnya kami balik awal dulu daripada keluarga mak ngah.

Memang terus balik rumah atuk. Lepak di sana sampai malam. Suami pergi tahlil di masjid. Lepas tahlil dia terus balik makan nasi di rumah atuk. Seronok makan ramai-ramai. Meriah sahaja rasa. Masa tu Pak Su pun dah balik rumah dengan anak-anak. Dapatlah sembang- sembang dengan mereka. Nampaknya mereka dah boleh terima sepenuhnya pemergian mak su. Maklumlah, mak su sakit lama sangat dah. Kasihan melihat keadaan dia ketika hidup dulu.

Ok lah. Dah nak masuk kerja balik lepas rehat panjang di hari jumaat. Nanti ada masa saya update lagi. Bai..

Tuesday, May 5, 2015

Cuti Labour Day : Cerita balik Langgar 1

Salam semua. Minggu lepas saya dapat cuti sehari untuk balik kampung suami di kedah nun. Agenda utamanya nak melawat keluarga Allahyarhamah Maksu Hasnah. Perjalanan yang kalau ikut rancangan sepatutnya bertolak rabu malam menjadi khamis pagi lepas subuh. Bersaing dengan orang yang nak pergi kerja pula. Nasib baik arah kami melawan arus kesesakan.

Alhamdulillah perjalanan ke utara berjalan lancar. Aina sahaja yang tak berapa lancar dalam kereta. Nak dipangku sahaja sepanjang perjalanan. Singgah menapau breakfast di R&R. Beli donut telur di Dunkin Donut. Macam burger benjo tapi rotinya adalah roti donut. Sedap juga bila perut tengah lapar. Haha.. Layan air kopi o satu cup. Bolehlah tahan. Setakat ni tak boleh lawan kesedapan kopi di ikea food court. Sedap dan boleh refill lagi. Haha..nak tahu sedap macam mana cubalah sendiri.

Aina masih belum lancar. Mamanya ini suspek air cond sejuk sangat adalah puncanya. Babahnya dah menaikkan suhu air cond ketahap maksimum namun masih sejuk juga. Kalau tutup air cond berpeluh pula nanti. Akhirnya cara penyelesaian mudah macam zaman2 kita naik motokar dulu ataupun kaedah biasa kita buat bila air cond kereta buat hal. Sambil memandu turunkan cermin tingkap. Air cond off kan. Memang nyaman sungguh rasanya lagi-lagi bila merentasi kawasan yang berpokok serta berudara nyaman. Kaedah ni tak berapa sesuai dalam hutan bandar lagi2 ketika jalan sesak. Udara tak bersih. Hati orangpun tak berapa bersih juga iaitu perompak- perompak jalan raya. Berbalik kepasa cerita asal kita tadi, bila babah dia bagi angin luar masuk kereta barulah Aina berhenti menangis. Terus senyum tersengih nampak gigi 2 batang di bawah tu.

Ok la. Takat ini dulu cerita balik kampung. Nanti kita sambung lagi ye. Babai..

Friday, February 21, 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang : Rumah Terbalik | Tanjung Aru

Salam korang..

Dengan ini bermulalah sambungan kepada cerita kami di Kota Kinabalu. Kali ini perjalanan pada hari ke 2 di sana. Panjang sikit langkah kami sebab full day kan. Hari pertama sampai dah malam. So, langkah tak berapa nak panjang lagi. Hari ke 2 kami bersarapan di condo sahaja. Lepas sarapan, mertua dan kakak ipar mengajak pergi pasar basah KK. Tapi, saya malas dan tak berapa nak sihat pula pagi itu. Jadi, suami bersama keluarga kakak ipar sahajalah yang menemani mertua ke pasar basah. Tinggallah saya dan Emir Ikhwan di bilik. Manakala adik-adik ipar layan lena sahaja sepanjang masa sampailah diorang balik daripada pasar.

Petang itu selepas makan tengahari dan solat jamak zohor asar di condo, kamipun bergerak ke Tamparuli. Yeah, destinasi kami ialah Tamparuli pada hari jumaat yang mulia ini. Mula-mula kami ke Rumah Terbalik yang menjadi topik perbualan ramai yang bercuti di Sabah. Excited nak tahu macam mana rupa rumah bila terbalik. Entrance Fee untuk dewasa RM10. Untuk kanak-kanak atas 3 tahun tak sure pula sebab kami tak ada wakil kanak-kanak yang berumur atas 3 tahun. Rasa-rasanya dalam RM5 kot. Untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun, free sahaja.

Tourist Guide tu kata kena tunggu dahulu sebab ada Tourist masih berada dalam rumah terbalik itu. Sementara menunggu itu, kamipun bergambar di luar rumah terbalik. Dari luar, boleh jumpa, bentuk rumah yang terbalik dari luar. Parking kereta bersama kereta yang terbalik, Ada basikal yang terbalik, toilet dan juga taman bunga yang terbalik. Bahagian luar rumah sahaja boleh diambil gambar. Bahagian dalam rumah nanti tak boleh ye. Kalau nak kena denda, silalah bergambar dalam rumah tu.

Tak lama lepas itu, kamipun dibenarkan masuk ke rumah terbalik. Sebelum ini kami diminta menghantar 1 wakil untuk memukul gong sebanyak 3 kali. Tapi tak ingat pula kenapa? Lepas itu, sebelum masuk ke rumah, kami juga dikehendaki menghantar wakil untuk mengetuk pintu. Rupanya nak bagi signal pada orang di dalam supaya membuka pintu. Haha.

Style rumahnya simple sahaja. Ruang tamu bersambung dengan dapur. Ada 2 bilik iaitu bilik ibu&bapa dan bilik anak dan juga 1 bilik air. Memang semua barang-barang dah hiasan dalam rumah ini terbalik termasuklah katil, dapur , mesin jahit, peti ais, mangkuk tandas dan frame gambar yang berada di atas. Manakala kipas an lampu berada di bahagian bawah. Ada satu beranda juga. Di tepi belah kiri dan kanan pintu di beranda itu terdapat belangkas. Katanya bertujuan menjaga rumah.

Tourist Guide tu menceritakan pasal sejarah rumah terbalik tersebut. Tak tahu betul ke tidak sebenarnya tapi dia cakap rumah ini terbalik disebabkan anak lelaki penghuni rumah itu yang berusia 9 tahun ketika itu amatlah nakal. Itu sahaja reasonnya. Telan sahajalah ye. Dia cakap kisah itu kisah benar. Tapi rumah terbalik yang kitorang masuk ini hanya replika yang dibina semula untuk mengingati peristiwa tersebut.

Keluar daripada rumah itu, kita boleh menikmati minuman dan makanan ringan dan juga membeli cenderamata kenang-kenangan di rumah terbalik. Suami saya membeli sehelai tshirt untuk dirinya dan juga anak dan juga Fridge Magnet. Sekarang FM tu dah selamat dilekat di peti ais di rumah baru kami. Haha..excited lebih pula. Dan suami belanja semua ahli keluarga makan Aiskrim Magnum. Wahh..gitu..

Destinasi ke 2 kami ialah di Jambatan Tamparuli. Teringin juga nak tengok rupa jambatan yang popular disebabkan sebuah lagu. Tapi, mengecewakan sebab Jambatan Tamparuli ini tidak dijaga. Tapi, kami sempatlah bergambar. Ye lah, entah bila lagi berkesempatan untuk ke sini lagi kan.

Destinasi ke 3 kami ialah Tanjung Aru. Masa kami gerak tu dah pukul 5 petang. Orang-orang yang bekerja sudah mula balik. Jalanpun agak sesak sedikit. Kalau boleh elakkan masuk atau keluar KK lepas pukul 5 petang. Kalau dah malam sikit ok kot tak sesak sangat. Kami sampai di Tanjung Aru dalam pukul 6 petang. Apa yang bestnya Tanjung Aru? Pantai di Tanjung Aru ini tak sesuai untuk aktiviti mandi-mandi. Mungkin sebab pantainya tak landai kot. Tapi, seronok bila matahari dah start tenggelam. Sunset sangat cantik di sini. Kami memang tunggu sampai sunset baru balik.

Malam itu kami ada aktiviti juga. Makan-makan di Restoran Kg. Nelayan. Nanti saya sambung kisahnya dalam part seterusnya. Ok bai!

Wednesday, February 12, 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang : Part 1

Salam korang..

Setelah sekian lama tak cerita pasal perkembangan diri, minggu ini saya nak cerita pengalaman percutian ke Sabah. Bagus untuk panduan rakan-rakan pembaca yang plan nak bercuti ke Sabah tanpa tourist guide. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Cuma ada masanya terkejar-kejar sebab banyak tempat yang nak dikunjungi.

Day 1 : Khamis 06/02/2014

11 pagi.

Kami bertolak ke daripada Selayang ke KLIA. Alhamdulillah perjalanan pergi tak banyak masalah sebab hari bekerja. Jalan tak sesak dan kami sampai di KLIA dalam pukul 12 lebih. Sempat menjamu selera di Food Garden. Pukul 1.30 petang kami pergi solat Zohor sementara menunggu keluarga kakak ipar yang datang dari Shah Alam. Selepas solat, kami register dan print online ticket di kiosk dan seterusnya check in barang-barang luggage. Untuk 7 dewasa + 2 baby about 57 kgs. Taklah berat sangat. Ada banyak lagi space yang boleh diisi lagi. Mungkin bila balik dari Sabah nanti kot. Lepas check in barang luggage, terus check in untuk departure. Flight pukul 3.40 petang. Masa kami sampai itu 3.20 petang dah. Nasib baik sempat. Fuhh..

4.00 petang.

Masa ni dah panggilan masuk ke dalam kapal terbang dah. Kami antara yang terakhir naik. Malas nak bersesak-sesak. Dan tempat duduk kamipun antara yang paling belakang. Seat row 23. Dalam tu ada lebih kurang 30 row sahaja kot. Kapal terbang kecil. Setiap seat disediakan LCD TV Kecil. Bolehlah layan movie walaupun penerbangan hanya makan masa 2 jam sahaja. Tapi Emir Ikhwan hari tu memang aktif sangat. Tak boleh nak duduk diam. Remote TV tu memang jadi kegemaran dialah.

Dalam sejam selepas bertolak itu, makananpun disediakan. Kalau ikutkan boleh pilih nak makan nasi lauk ikan atau ayam. Tapi disebabkan kami ini duduk di row hujung-hujung maka nasi lauk ikanpun habis. Terpaksalah makan nasi lauk ayam. Tapi saya makan nasi itu dengan kuah sup sayur sahaja. Ayam tak boleh masuk tekak. Sedap juga sayurnya. Lepas itu minuman pula ada 3 pilihan sama ada jus epal, orange atau 7 Up. Mak mertua dan saya ambil jus epal manakala husband pula ambil jus orange. Sedap juga jus epal ini di tekak saya. Baby Emirpun disuap nasi lauk sayur juga. Adalah dalam 3 - 4 suap dia makan.

Lepas makan nampak semua satu family tidur. Saya pula yang tak boleh nak lelap sebab sakit kepala. Puncanya sebab hidung tersumbat. Sejuk tu dalam flight. Dah lah duduk tengah. Dengan mendukung infant lagi. Memang berharap cepat-cepatlah sampai KK.

6.30 petang.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Sampai sahaja terus ke imigresen. Selepas selesai urusan imigresen dia ada bagi satu resit. Resit itu kena simpan ye sebab ia umpama 'permit' kita sepanjang berada di Sabah. Kalau hilang, habislah!. Itu apa yang rakan kami yang tinggal di Sabah ni bagitahu. Selepas itu, kamipun ke tingkat bawah menuntut bagasi. Selepas itu, kami ke luar airport menunggu van sewa sampai. Husband cari van sewa inipun melalui Mudah sahaja. Senang kan. Urusan booking dilakukan melalui telefon sahaja. Van sewa kami sampai 15 minit kemudian sebab jalan agak sesak katanya.
Lepas dapat van, kami terus ke tempat penginapan.

Kami menginap di Marina Court Condo iaitu service apartment 3 bilik. Condo ini kakak ipar book online sahaja tapi bukan di website Marina Court yea. Kalau book melalui website Marina Court mahal. Ni kira macam owner dia dah beli unit condo from Marina Court dan sewakan sendiri pada oranglah. Nama owner condo yang kami sewa ni Uncle Ting. Memang murah sangat. RM300 semalam sahaja untuk condo 3 bilik. Lengkap dengan Astro, internet, dapur dan juga washing machine. Kami akan menginap di sini selama 3 malam.

8.00 petang.

Kami keluar selepas solat jamak maghrib dan isyak untuk mencari makan. Rakan kami yang tinggal di KK mencadangkan makan di Anjung Selera. Memang dekat sangatlah Anjung Selera itu dengan tempat penginapan kami. Kalau drive 2 minit sahaja sudah sampai. Malam itu kami makan di kedai bernama Laksamana. Saya makan Mee bandung + jus epal. Kombinasi yang tak kena dengan tekak saya malam itu tapi layankan sahajalah. Emir pula yang suka makan mee bandung ini. Mereka yang lain semua menikmati nasi goreng dan nasi berlauk. Bila kira-kira balik makn di situ satu kepala lebih kurang RM15 tak termasuk babies. Lepas menjamu selera, kami singgah membeli roti dan air mineral di 7 Eleven. Roti Gardenia dia tak sesedap yang di semenanjung. Kami hampir tertipu bila melihat packagingnya. Lepas itu kami terus pulang berehat.

Hari ke 2 destinasi kami ialah Pasar Basah KK, Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli dan Tanjung Aru. Malamnya kami makan di Restoran Kampung Nelayan. Terlalu panjang ini diceritakan dalam entry ini. Jadi saya akan sambung cerita dalam part 2 pula. Ok bai!


Monday, January 27, 2014

Cuti sebelum CNY

Salam korang..

Hari ini saya ambil cuti sehari. Tujuan utamanya hanya pakai setengah hari sahaja sebenarnya iaitu menukar kad-kad ATM yang lama dan hampir tamat tempoh. Alhamdulillah, perjalanannya cukup mudah dan dapat selesaikan semuanya dalam pukul 11 lebih. Oh lupa, Emir saya hantar ke taska seperti biasa. Bukan apa, kasihan dia nanti nak diusung ke sana ke mari untuk settlekan kerja-kerja saya tu. Lagipun lebih selesa dia di taska kan.

Habis urusan saya balik ke rumah dahulu untuk mengemas rumah. Almaklumlah hujung minggu memang tak ada di rumah. Melawat parents di Puchong. Makanya separuh hari dihabiskan dengan membasuh kain, mengemas bilik dan lain-lain. Hajat nak tidur sekejappun tak kesampaian. Tup tup dah pukul 4.00 petang. Kalau ada Emir ni mesti saya sempat tidur sejam dua. he he he..

Sekejap lagi nak Asar. Seterusnya bersiap untuk menjemput anak teruna yang tersayang di taska. Memang padat terisi dengan aktiviti sepanjang cuti satu hari ini. Oh ya, Promosi Alfalfa masih lagi berjalan yea. Dapatkan dengan harga paling murah dengan saya sekarang sebelum kehabisan.

Ok tu je nak share kali ini. Bai!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics