Followers

Thursday, October 8, 2009

Berkampung di JB~Part 4

Disebabkan kes lewat bangun, kami sekali lagi lewat ke projek kedua yang juga projek terakhir kami..
Geli Gelak Lambaian..
Kul 9.30 baru kami sampai ke tempat kejadian..
Ingatkan kami yang paling lewat, rupanya acara tak mula lagipun..
Malah ada lagi beberapa orang yang tiba lewat daripada kami..
Pekena sarapan roti jagung gardenia + air teh o dulu..

Kul 10 gitu barulah cabaran bermula..
ececeh..x adalah cabaran sangatpun sebab kami cuma 'bersukaneka'..
Kami dibahagikan ikut group yang ditetapkan..
Group saya mula2 ada 6 orang sahaja..
kemudian bertambah lagi seorang..

Awal2 lagi nak minta maaf sebab lupalah nama adik2 sekalian..
yang diingatan cuma Gig, Acu dan Izat..
Yang lain2 nanti saya try recall back..
Mana tahu dengan kuasa minda berkuasa tiga saya mampu untuk ingat semula..
Kami enjoy walaupun akhirnya kami menjadi pasukan yang juara kalau dikira dari belakang..
Apalah nasib..

Masa nih memang tak tahan nak ketawa sahaja lagi2 melihat perangai alumni2 termasuk saya yang gila2..
Abg Afiq, Abg Azwar, Abg Sport,Aufa, Kak Syila, Kak Anur, Kak Ikin..memang gila2 semuanya..
Tak dilupa, Fizah dan sang suami Acu, Aufa dan Aimi..

Adik2 lambaian especially lelaki memang 'masuk' sangat dengan kami..
Nama2 yang saya ingat buat masa ni Faiz, Madi, Syazwan, Syahrul dan Gig..
Yang perempuan kebanyakannya still malu2..tapi boleh diasah lagi tuh..
hahah~

Plan asalnya nak buat EXPLORACE tapi pagi tersebut ramai yang tewas dengan tilam empuk kolej yang menggoda perasaan menyebabkan hanya kami yang lebih sikit'kekuatan iman' berjaya sampai ke gelanggang..
itu yang plan asal di tukar kepada acara ala2 sukaneka..

Mulakan dengan sesi suai kenal..
Kemudian, setiap group kena ada nama, cheers dan buat maskot kumpulan bertemakan RAYA~
Maskot kena guna surat khabar, plastik sampah, tali rafia dan juga cellotape (betulkah ejaan nih?)
Maaf gambar maskot gagal dirakam..
Tapi kat Syila ada ambil, saya tepek jap eh..
Maskot group saya yang berseluar merah itu..

Group Semperit yang bermaskotkan Abg Afiq..


Apa pulak ya selepas itu..?
Aaaa..Tiup belon dan belon kena dipecahkan oleh maskot2 group..
Kemudian, acara anyam ketupat, pancing botol sambil usung buluh beramai2..
Diikuti acara cari gula2 dalam tepung..
Ada tak acara2 yang saya terlupa taip?
haissh..macam ada saja..apa dia ya?
Haa~ game kemuncak ialah 'kira2 number'
Ada berpuluh kad dengan number2 bertitik perpuluhan yang perlu dikira tanpa bantuan pen, kertas apatah lagi kalkulator..
Susah woo..acara nih memang saya surrender awal2..
Ni ada sedikit gambar yang rentetan peristiwa bersejarah tersebut..


inilah dia game yang menuntut kemahiran tinggi dalam matematik manual..

Ni la aktiviti akhir kami makan dalam dulang beramai-ramai..

Inilah makanan yang tak sabar untuk dihabiskan oleh kami berempat..

Dulang kami yang dah licin..Nasib baik tulang ayam tu tak boleh dimakan..kalau tidakkkk...

>




Habis sahaja game2 itu, acara penutupan pula,
dimulakan ucapan pengarah projek..
Dikuti oleh Pengarah Kelab..
kemudian, ucapan daripada kami..
sorang2 warga alumni kena berucap..
Penyampaian hadiah..
Dan acara paling menarik, makan dalam dulang..
Satu dulang untuk 4 atau 5 orang..
Seronok sangat..
Lama dah tak makan macam itu..
Rasanya Kak Syila ada ambil gambar kami..
Nanti nak tuntut la..
Last sekali acara buka hamper..
Masa inilah baru saya berpeluang keluarkan kamera..
Tatapilah picta2 kami sepanjang projek terakhir kami ni~


Punyalah semangat amek gambar lepas bukak hamper..
from left : saya, acu, gig dan izat..Nilah kami tujuh serangkai menggilakan diri dihadapan kamera..
Acu dan Gig..
4 sekawan nih..
model iklan air hijau~

sayapun nak enterframe juge la..
bergambar ngan banner projek..
nape si baju biru tu ala2 action kameng..
syazwan kan tu?
si baju merah yang pegang banner tuh madi kan?
nak gelak tengok aksi sorang2..

Saya tak banyak gambar la..
Sesiapa yang ada gamabr2 tuh silalah kongsikan ya..
Ini je yang sya termampu..
Mungkinkah ada part5 laks..?
tunggu dan lihat ye..

6 comments:

anur malati said...

ni byk gambo dr kamera kak syila nih. maleh le plak nk updet kt blog. sumer crita dh ade kt cni.. bagusss

noorafzan.blogspot.com said...

betul2..saya xde picta la time kite bersukaneka..

Firol said...

hoooo..citer bersiri kena ulang baca la aku ni...

Faarihin said...

Geli Gelak Lambaian?

nama tempat eh?

wah.. first time dengau... huhuhu.. (^__^)

AFIQ zainal said...

camne wat gambar jadi camtu??nak belajar...!!!...lebih menjimatkan...

noorafzan.blogspot.com said...

firol..
ehehe~
x jauhpun jarak antara entry..
x cukup la wat 1 part je..

faarihin..
geli felak lambaian tu nama program dik..
nama tempat tuh UTM..
ehehe..

abg afiq..
sayapun baru belajar..
nanti saya email kan caranya.
email please~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics