Followers

Saturday, October 10, 2009

Review novel terkini - Puisi untuk Nadina

Novel metropolitan katanya..
Bahruddin Bekri nama penulisnya..
Diterbit dan diedar oleh PTS..
Saya ambil masa lama untuk menghabiskan novel setebal 386 muka surat ini sebab kesibukan menguasai masa2 terluang saya..

Tiap2 pagi drive ke office seawal mungkin.
Lepas itu, lepak dalam kereta dulu layan novel selama lebih kurang 30 minit sebelum masuk office.
Begitulah hampir setiap hari hinggalah habis sudah satu novel tu..

Biarlah saya review sedikit pasal buku ini..
Secara keseluruhannya cerita menarik cuma ada plot2 yang longgar dan ada juga scene2 yang saya rasa tak ada kesinambungan.
kalau ada lagi menarik rasanya.


Kisah Borhan yang miskin..
Rajin serta bekerja keras demi keluarga tercinta..
Si ibu tua yang kerjanya menjahit..
Si adik Sofea yang masih belajar di sekolah menengah..
Si datuk yang menghidap strok..
Si abang seorang penagih dadah..

Mula bekerja sebagai pencabut bulu itik dan di sana dia kenal cinta pertama Emil, gadis cina penjual sayur.
Dia sering dibuli bossnya tapi dia sabar disebabkan senyuman Emil.
Sehinggalah satu hari Emil bagitahu dia akan berhenti kerja sebab nak sambung study di oversea.
Emil menghadiahkan jam tangan beserta 1 kertas bertulisan cina...
Emil kata 'bagi ini pada orang yang paling awak sayang'
Diapun terus berhenti kerja sebab tiada lagi makna baginya bekerja di situ tanpa Emil.

Takdir mempertemukan dia dengan Nadina..
Anak orang kaya Tan Sri yang masih belajar di U berhampiran.
Kawan baiknya Sehah sering menemani ke mana sahaja dia pergi.
Kedua-dua mereka sombong dan berlagak.
Mereka juga menjadi model sambilan di Wagiman Model Agency.

Borhan dan Nadina sering bercakaran dan tidak pernah berbaik..
Sehinggalah satu ketika semasa Borhan bekerja sebagai pelayan di kafe kolej (keje 1), dia diarahkan boss melayan Nadina sebagai first customer nya.
Nadina mengambil kesempatan untuk mengenakan Borhan dengan macam2 cara.
Tapi, kesabaran Borhan menghadapi itu semua dengan senyuman melunturkan segala rasa marah dan geramnya malah diganti pula dengan perasaan cinta.
Sejak itu, dia jadi macam panasaran..
Termenung dan selalu memikirkan perihal Borhan.
Selalu ke kafe untuk bertanya khabar Borhan..
Sehingga sahabat baiknya Sehah menjadi risau dan menyangkakan Borhan telah bomohkan Nadina.

Borhan dalam masa yang sama cuba untuk menafikan kewujudan Nadina dalam hatinya yang kian berputik..
Dengan membayangkan Sandra, perempuan cantik yang merupakan cinta keduanya selepas Emil.
Sandra merupakan kerani di syarikat tempat dia bekerja sebagai penghantar surat(keje 2)..

Hati Borhan kecewa pabila mengetahui Sandra bakal berkahwin dengan boss mereka sebagai isteri kedua.
Tapi, dalam masa yang sama dia menerima khabar pengubat duka daripada Sehah bahawa Nadina selalu ambil berat, bertanyakan dia dan termenung kerana dia..
terubat juga luka hatinya disebabkan Sandra walaupun Sehah sebenarnya berterus terang untuk memintanya supaya berhenti membomohkan Nadina..
(Perempuan modenpun still percayakan bomoh gitu..apakah?)

Nak pendekkan cerita akhirnya Nadina dan Borhan berjumpa..
Dan mereka sama2 berterus terang mengenai perasaan masing2 walaupun masing2 malu..
Tapi, Sehah tetap tidak berpuas hati lagi.

Nadina kasihankan Borhan yang makan tak menentu lalu berhajat untuk memasak buat kali pertama dalam hidupnya.
Dia mengajak Sehah menemaninya hantar makanan kepada Borhan.
Semasa on da way, dia mendapat panggilan telefon daripada agensi model.
Esoknya mereka berdua ada job.

Sesampainya dia di bengkel tempat Borhan kerja part time, dia terlihat Borhan berbual mesra dengan seorang perempuan cantik.
Nadina kecewa dan terus berpatah balik..
Dia ditenangkan Sehah.
Borhan berusaha untuk memujuk Nadina dengan pelbagai cara termasuk SMS, berpuisi di hadapan rumah Nadina tapi tidak berjaya.
Sebenarnya perempuan itu Sandra dan tujuannya menghantar kad jemputan untuk majlis tunangnya keesokan hari..

Apakah yang berlaku seterusnya?
Dapatkah Borhan memujuk Nadina kembali..?
Adakah betul Borhan hanya mempermainkan hati Nadina?
Kalau anda hendak tahu, pergilah dapatkan novel ini di kedai berhampiran..
Tak berani nak review lengkap takut melanggar hakcipta pulak kan..



Ada banyak scene yang di buat tapi tergantung..


1) Borhan adalah orang yang membantu Nadina memujuk lecturernya yang garang Puan Nahdatul untuk memberi peluang Nadina mengekalkan pointer 4.00..tapi sampai abes ceritapun Nadina tak tahu..

2) Watak Emil hilang begitu sahaja..

3) Abang Borhan ialah orang yang bertanggungjawab memecahkan kereta Nadina dan mencuri jamu kaki kuat (Nadina jadi model jamu tersebut) dan jamu itu telah menghilangkan ketagihan dadah yang dihadapi Abang Borhan tapi Nadina sampai ke sudah tak tahu menahu..

4) Ada lagi sebenarnya tapi x hingat laks~


Ada juga watak2 dan plot2 menarik bagi saya..



1) Watak komando Pengawal keselamatan, Iqwan Daniel yang dimalukan Borhan first time berjumpa di tandas pelajar akhirnya menjadi team untuk menyelesaikan masalah misteri ketukan pintu di rumah sandra, kecurian motosikal di kolej dan memerangkap lintah darat yang paling dikehendaki polis..

2) Watak Ramadhan yang merupakan kawan sekolah Borhan yang turut belajar di U sama dengan Sehah dan Nadina..(kecilnya dunia)

3) Watak Min, adik angkat Ramadhan yang terlalu taksub dengan rancangan Realiti TV hingga setiap kali je dia akan mencari kamera tersembunyi..dan tak habis2 menyatakan ' ini rancangan realiti TV kan?' sambil melilau mencari kamera..

4) Watak Jeruit anak Tumpang yang wujud sebagai penambah perisa cerita apabila watak2 utama bertanyakan sesuatu kepada sesiapa yang ditemui dengan permulaan ayat 'tumpang tanya,..'..Setiap kali juga, dia akan marah kerana seolah mempersendakan nama bapanya..tapi pelik jugalah sebab setiap kali mesti Jeruit sahaja..dia berada di mana2..

5) Watak 4 sahabat yang bekerja sebagai peniaga ikan di pasar yang sentiasa mengekori ke mana sahaja Borhan pergi dan setiap kali jumpa mereka akan mengalunkan puisi yang kena dengan situasi diiringi petikan gitar..

6) Min akhirnya bertemu jodoh dengan Jeruit Anak Tumpang..mereka mula bertemu secara tak sengaja dalam satu plot cerita di kafe kolej.

7) Borhan tidak mendapat pekerjaan sebagai pembantu kedai kasut hanya kerana dia gagal subjek math dan english..(apekah? nak jadi pembantu kedaipun kena pakai sijil SPM ke?)

8) ada lagi..tapi, nak tahu kenalah baca sendirikan..haha~



Sekarang saya sedang melayan novel Izzul Izzati yang baru..
Nanti saya review lepas habis baca yer..
see ya~

6 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics