Followers

Thursday, October 22, 2009

2 days 1 night at KB~Part 2

Salam pantai timur saya hulurkan..
ehehe,teringat pula pada sitkom bersiri yang menarik tu..
Seperti yang telah dijanjikan saya sambung part 2 untuk menceritakan rentetan perjalanan ke KB last weekend..
Actually kami mula bertolak sabtu pagi selepas makan nasi lemak bungkus yang mak saya belikan.
Alhamdulillah, tak payah berhenti makan selain dapat menjimatkan masa perjalanan.
Kira2 jam 10.15 pagi kamipun gerak.
Perjalanan ambil masa dalam 9 jam termasuk berhenti makan di Kuala Krai dan solat jamak di daerah sama..
Bayangkan betapa 'kebulur' nya kami sebab makan tengahari pada pukul 5 petang..
Alahai~
Sempat saya snap picta masa perjalanan sebab bukan saya driver..

Kami sampai sahaja hari sudahpun hampir maghrib.
Alhamdulillah perjalanan kami sempurna tanpa sesat ..

Kul 7 saya roger Jetlin inform ketibaan kami.
Dia dah sediakan penginapan tuk kami.
BF sebilik dengan rakan lelaki (sorang je pun..saudara Amin..)
Saya pula sebilik dengan lagi 5 dara pingitan..
Nana, Madah, C-da, Nabila dan Mekna.
Nasib baik katil queen ada 3.
Memang ngam2 la kan..
Jarak istana hinggap kami dengan rumah pengantin dekat je..
Jalan dua puluh langkah dah boleh sampai..
Malam itu, kami pergi ke rumah jetlin untuk membantu sikit2 dan makan..
Kami tolong sediakan bunga telur.
Sempat juga snap picta pelamin sebelum kami gerak ke Wakaf Che Yeh untuk shopping~
ada 2 picta je tuk di kongsi..layan~




Esok paginya selepas bersiap dengan baju kurung, kami pergi bandar KB..
Ke bangunan MPKB untuk shopping2 lagi..
Saya ada beli baju sehelai dan tudung 2 helai..
Tak sempat nak beli banyak sebab tak sampai 2 jam je kat sana.
Balik sahaja kami terus ke rumah jetlin.
Jumpa sahabat kami yang bakal bersanding, makan2, lepak2..
Sedikit gambar kami tuk dikongsikan..


Gamabr ekslusif pengantin mana?
ahha~
kena tunggu part 3 la pulak yer..
tata~

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics