Followers

Thursday, October 15, 2009

Pandai masak..?

Dulu syarat pompuan nak kahwin mesti pandai masak..
Kalau tak pandai masak, kira tak layak lagilah nak kahwin..
At least kenal la periuk belanga..sudip, senduk, kuali..
Tapi sekarang dah fleksibel..
(walaupun ada segilintir yang masih lagi ikut cara 'dulu' nih..

Bagi saya as pompuan bukan kena pandai masak sahaja..
Tapi RAJIN MEMASAK..
Ada effort untuk memasak tanpa jemu..
Sebab bila ada effort untuk mesak dan RAJIN, bila2 msapun ia akan tahu memasak..
Macam kawan saya kebanyakannya mula memasak secara serius selepas berkahwin.
Sebabnya semasa bujang, emak atau kakak2 mereka yang masak.
Mereka tak berpeluang langsung menunjukkan bakat memasak.
Bila sudah kahwin, barulah ada peluang mencuba.
Dan masa itulah mula rujuk buku2 msakan, internet..
Tak kurang juga yang menelefon mak mereka minta resipi..
ahaks~

Dan tak semestinya perempuan sahaja perlu tahu memasak..
Lelakipun sebenarnya tak boleh nak lepas tangan..
Ada masa2nya khdmat lelaki amat diperlukan untuk membantu isteri..
lagi2 di masa genting seperti isteri bersalin, sakit, atau isteri outstation..
Dan juga jika isteri juga berkerjaya..
Sang suami perlu juga bertolak ansur membantu isteri memasak.
Sekurang2nya tolong membersihkan periuk belanga, pinggan mangkuk selepas digunakan..
Boleh juga tolong potong-potong sayur atau sediakan bahan untuk memasak..
Paling2pun tolong 'kacau' kuah atau lauk yang sedang dimasak..
Selain dapat 'makan' dengan lebih 'cepat, ia juga dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri..
Kalau suami pandai memasak, taksalah untuk bergilir-gilir memasak.

Macam dirumah saya ini, ayah saya rajin tolong belikan bahan2 memasak..
Selain itu dia juga selalu tolong cuci pinggan mangkuk, kuali dan periuk..
Walaupun dia sibuk bekerja tetapi dia tetap luangkan masa untuk menolong di dapur.
Itu satu contoh yang baik.
Walaupun ayah saya tidak reti memasak tapi dia tetap cuba membantu.

Tapi, memang zaman sudah berubah..
Malah chef2 pun banyak lelaki daripada perempuan sekarang ni..
Perempuan ramai ditakdirkan memasak untuk family makan sahaja..
Lelaki pula ramai jadikan memasak as profesion..untuk cari rezeki..

p/s : saya menulis berdasarkan pengalaman kawan2 yang sudah berumah tangga. Saya belum ada lagi..tapi sebagai anak saya tetap luangkan masa memasak walaupun bukan hari2..

5 comments:

Ideologi Hidayah said...

setujuu... majoriti perempuan sekarang belajar masak lepas kawen.. tp kan.. even zaman dah berubah, tp aku rasa, ada jugak betulnya ckp mak2 kita & nenek2 kita drp zaman dlu2.. 'nak pikat suami.. pikat la perutnya..' sbb even camner urban pun husband kita, diorg masih harap dapat makan masakan isteri diorg hari2..

Tapi tu la..cam ko ckp afzan, at least bila isteri masak, suami tlg la potong2 bawang ke.. ptg syur ke.. jgn ddk macam tuan2 pulak, ye la, zaman sekarang isteri2 pun bekerja macam suami, so 2-2 pun sama2 penat, so tak salah kalau bekerjasama buat kerja rumah.. kan.. kan..

p-cah said...

betul tu kak afzan..
kalo mcm saya, saya takut nak masak utk family yg makan.. kalo xsedap, naye je.. kalo mak masak, confirm2 sedap kan. hehehe...

sbnarnya, semua org perempuan ada bakat memasak tu.. cuma rajin ngan tak je. so, kalo nak improve, kene la rajin kan..

noorafzan.blogspot.com said...

dayah...
mmg betul pun..
'jagala perut suami'
memasak tu perlu tuk pompuan..
jgn sampai kena makan kat luar aja..
tapi somi kena tolak ansur la kan..
sama2 tolong masak..
baru best..

nafisah..
betul tuh..
x pe, masak tuk diri sendiripun boleh..
sendiri bagi comment..

Firol said...

memang kena pandai dan rajin memasak.. tangan ibu memasak lagi baik dari tangan chef yg terkenal

noorafzan.blogspot.com said...

mmg la perempuan kena tahu dan reti memasak..
tapi, lelaki tak boleh la lepas tanga sahaja..
kena la tolong sama..
firol mesti reti masak kan?

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics