Followers

Friday, October 9, 2009

Hukum karma~lagi2 ngan ibu sendiri..

Yee..ini cerita benar..
Bukan rekaan..
apetah lagi coobaan..

Semua orang percaya yang baik dibalas baik..
Yang jahat dibalas jahat..
Yang nakal sikit dibalas dengan terkena perbuatan nakal sikit orang~
Kalau balasan itu tidak sekarang, tidak di dunia..
Kita akan dapat di lain masa, ataupun di akhirat kelak~

Nak dijadikan cerita kelmarin saya bawa balik air teh tarik..
Lebihan minum di office..
Masa on da way balik tu saya singgah pasaraya keluarga yang tak berapa dekat sangat dari rumah..
Dah membeli belah barang2 dapur, sayapun baliklah..

Sampai je rumah saya terus letakkan bag, surat khabar dan teh tarik dalam plastik tu kat atas kusyen..
Lepas itu, saya langsung lupa pasal itu selepas menguruskan barang dapur yang baru saya beli.
Yang tak bestnya mak saya tak nampak akan kewujudan air itu dan terus duduk atas kusyen sampai habis kotor baju dan seluarnya dengan air teh..
Alahai..saya pulak tergelak la kan..
Saya pertikaikan juga la bagaimana mak saya boleh tidak perasan kewujudan air tuh..
Mak sayapun taklah marah cuma membebel sajalah.
Saya pula lupa nak minta maaf..
Diam sahaja dengar bebelan beliau itu..

Hukuman saya dapat 2 hari selepas kejadian itu..
Yee..sayapun terkena jugak..
Masa sedang beli air di kafe office tiba2 ada rakan tertumpahkan air nescafe ke bahagian siku baju saya..
Basah baju saya tapi bila teringatkan apa yang berlaku 2 hari lepas saya langsung tak marah..
Saya cuma diam sahaja..
Dan bila rakan yang langgar itu minta maaf, saya cuma cakap "tidak mengapa"
Rasa cool betul gayanya masa tuh..
Saya berlagak biasa sahaja tanpa apa2 perasaan.
Saya bersihkan sisa2 air kat baju tu sambil dalam hati dah tekad balik nanti nak minta maaf pada ibu saya..

Ingat kawan2..
Walaupun nampak macam tak ada apa2 yang 'teruk' berlaku tapi bayangkan kalau kita buat perkara yang lebih teruk daripada itu..
Tentu balasan setimpalnyapun buruk..
Betul tak?

Kadang2 kita tak perasan yang ibu kita tersinggung dengan kita..
Cara terbaik rasanya setiap hari sebelum tidur kita minta maaf kepada ibu dan ayah kita..
Semoga hidup kita sentiasa direstui mereka dan diredhai olehNya..

p/s: kadang2 rasa cool yang saya praktikkan di atas itu bagus untuk elak persengketaan di kemudian hari..renung2kan..

4 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics