Followers

Monday, October 12, 2009

Komen pasal novel Ku Seru Kasihmu

Currently, dah habis baca novel terbaru Izzul Izzati..
Tajuknya 'Ku Seru Kasihmu'

Antara komen2 yang dapat saya bagi buat masa ni ialah..

1) Geram dengan watak utama Hakimi yang SELFISH amat dan suka menyusahkan orang lain. Juga pengecut dan tak bertanggungjawab. Kalaulah saya kenal orang semacam ini, rasa nak 'belasah' sahaja..

2) Geram juga dengan watak utama Afrina yang degil macam tak bertempat dan terlalu sangat mudah cair dengan Hakimi (Hakimi cinta pertama dia) dan terlalu menjaga hati orang lain (kawan2, family) tanpa menghiraukan diri sendiri yang merana, derita bertahun-tahun..Tapi kasihan itu tetap ada la..

3) Sangat admire dengan watak Zaidi yang sangat baik, dan sanggup menerima Afrina seadanya demi menyelamatkan daripada terus merana kerana Hakimi walaupun Afrina tidak cintakannya. Zaidi merupakan teman serumah hakimi.

4) Suka juga pada watak Emilia sahabat serumah Afrina yang amat memahami dan prihatin. Juga pandai menceriakan hati Afrina yang selalu lara.

5)Kasihan juga kepada Haliza (kekasih Hakimi) dan Azlan (kekasih Natasha) yang telah diperalatkan untuk kepentingan Hakimi dan Natasha. Hakimi dan Natasha bercinta secara senyap2 tanpa diketahui oleh kedua2 pasangan masing2 selama 5 tahun. Kantoi bila mereka nak kahwin. Tapi akhirnya Haliza dan Azlan pula bercinta dan terus berkahwin pula.

6) Geram juga dengan sikap ibu ayah Afrina yang selalu berprasangka tanpa memperdulikan perasaan si anak yang berserabut dengan masalah lain.

7) Endingnya memang menarik. Dan saya suka sebab konsep yang baik dibalas baik...dan yang buruk itu buruk padahnya dipraktikkan..


Semangat betul saya nak habiskan novel ini sampai sepanjang ahad saya tak mengadap internet langsung..
Saya dah jadi ulat novel..
Best cerita ini~
Apa boleh buat~

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics