Followers

Saturday, September 12, 2009

Addicted to Novel..huhu~

Salam semua..
Saya nak minta maaf sebab tidak berpeluang blogwalking ke semua blog kawan2..
sebabnya PC saya di rumah tu bila masuk kat certain blog yang berat, automatik die padam..
bile dah padam kena tunggu 2,3 jam baru ley on balik..
sebab lagi satu, dua tiga hari nih saya addicted to baca novel..2 novel yang saya beli tempoh hari udahpun selesai dibaca..
Novel yang kedua tu paling wat saya tak senang duduk..
Kat office time break pun saya curi2 baca..
Begitu taksabar nak tunggu ending..
Novel kedua tu namanya 'Surat Ungu untuk Nuha' karya Noor Suraya yang tak pernah saya kenali sebelum nih..
Ni karya terkini beliau iaitu karya ke enam kalau tak silap..

Ya Allah..Subhaanallah..
Indah sangat bahasa yang digunakan penulis dan ceritanya penuh dengan pengajaran dan ada penerapan cara hidup Islam yang mengajak kita muhasabah diri..
Jalan ceritanya sangat2 menarik..
Lain daripada yang lain..
Karyanya juga penuh dengan puisi2 indah..
Sudahnya dalam masa 2 hari nih, saya memang tak berkesempatanpun duduk di depan PC bila di rumah..
Masa senggang habis dengan menelaah novel tebal nih..
Yang bestnya memang tak ada langsung konflik darjat dalam novel nih..
Penulis sekarang nih dah bosan kot nak ketengahkan isu yang lapuk nih..

Cakap pasal isu2 ni terpanggil gak nak komen pasal drama2 TV sekarang nih..
Semuanya nak ketengahkan isu pihak baik dibuli...dipijak..
pihak yang jahat pulak hasad dengki..cemburukan pihak baik sampai sanggup lakukan apa saja hatta membunuh saudara sendiri untuk melampias nafsu hasad dan demi kepentingan sendiri..
Tapi pihak baik tuh sabar je..memang suci sangat la..(realitinya ada ke macam tu?)
At the end of story pasti yang jahat akan mendapat balasan setimpal sama ada mati atau merana..
Yang mati tu tak sempat nak insaf..
Yang merana tuh pulak akan insaf dan jadi baik..
Bukan semua drama tapi kebanyakkannya begitu la~

7 comments:

Ideologi Hidayah said...

setuju.... kalau dalam drama.. yg baik terlalu baik sampai nampak dunguu.. kene hina... kene caci.. kene pijak.. paling kuat pun nangis..! yg jahat pulak.. jahat tahap dewaaa! ckp tak reti nak slow2.. msti jerit2.. mata mesti terbeliak.. (hehe.. nak dapatkan effect org jahat tu kot..)

tp ada jugak cerita melayu skang yg ada kualiti.. cnth.. cerita SETEM, aku pegi tgk hari tue..perghh.. mmg lain drp yg lain.. gelak drp awal sampai habis.. hahaha

Faarihin said...

salam.. lama tak baca novel karangan noor suraya tu.. first time baca novel karangan dia, tajuk keranamu ain.. memang penulisan dia sangat indah.. saya pun suke.. adalah gak novel dia yang lelain saya ada.. (^__^)

noorafzan.blogspot.com said...

hidayah..
betul2..
SETEM mmg superb...
layan sampai habis citer..


faarihin..
oo..awakpun suke baca novel noor suraya tu yer..
saya baru je jatuh cinta ngan novel die..
nak pi cari la novel die yang lain..

Firol said...

tak real lah pulak..baik sngt..

ada lagi insan sebaik tu?

noorafzan.blogspot.com said...

entah la firol..
mmg susah nak jumpa sekarang..
satu dalam seribu mungkin..
atau satu dalam berjuta..

tapi, x salah nak berimaginasi dan berfantasi perkara yang baik2 dengan novel kan..
hehe~

MyaFiza said...

salam..
dh baca dah novel 'surat ungu untuk nuha'
memang best citer tu...=)

noorafzan.blogspot.com said...

eh yeke flygurl..?
best kan..
betul2 teruja..
x penah teruja baca novel sampai cenggini..
2 malam ley khatham~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics