Followers

Tuesday, February 22, 2011

Perlu ke diet bila...

Salam korang!

Hujung minggu lepas saya ada pergi jumpa wedding planner untuk majlis belah lelaki. Daripada pertemuan itu kan saya rasa macam majlis belah lelaki ini akan jadi meriah sangat sebab cara wedding planner tu present pada kami itu memang nampak grand. Tema warna sudahpun ada dan memang jarang saya tengok combination warna pilihan ini dalam majlis lain. Seronok pula bila dia tolong fikirkan dan plankan untuk kami. Tema masih lagi dirahsiakan. Nanti-nantilah saya reveal ye.heh~

Kami ada discuss pasal hiasan dewan, hiasan backdrop, meja makan beradap (tak ada pelamin ye), meja VIP, walkway dan meja-meja tetamu. Dia propose banyak design dan kami tinggal nak pilih sahaja. Senang kerja kan. Alhamdulillah, part itu semua macam ok cuma probnya adalah untuk confirm dengan penjaga dewan sama ada boleh sediakan dewan mengikut tema warna yang kami pilih itu atau tidak. Hmm..warna jarang orang pakai memang susah sikit kan.

Then, proceed pula kepada pakaian kami. Firstly, baju sayalah kan. Hmm..yang ini memang berfikir jugalah kan nak design apa. Puas saya belek majalah yang ada atas meja butik untuk cari design terbaik tapi tak jumpa. At last dia ada tunjuk design salah seorang customer dia. Baru dapat idea nak buat macam mana kan. Tiru sikit sahajalah design customer dia itu. Yang lain memang dapat idea daripada majalah dan juga baju yang saya admire iaitu baju yang dipakai Kak Ikin (isteri abang Zairi). Saya dapat contact wedding planner inipun daripada Abang Zairi.
Thanks bro! Then proceed to tudung dan juga kasut. Nantilah cerita details pasal ini.

Apa kena mengena dengan diet?

Ok, masa tengah cerita pasal baju, mak tunang dok ingatkan supaya dia (tunang) jaga makan aka diet supaya baju tak ketat bila majlis nanti. Sebabnya majlis nikah dengan majlis belah lelaki beza 4 minggu. At last, bukan mak dia sahaja yang susruh diet, tapi wedding planner sekali sebab dia kata lelaki ini bila sudah kahwin cepat naik lagi-lagi tang perut. So, 4 minggu itu kena dietlah kan. haha. Ok, ingatan itu juga adalah untuk saya sendiri. Diet ok!

ok, bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics