Followers

Saturday, February 5, 2011

Bukan mudah nak jadi blogger tegar!

Salam korang!

Lately ku banyak fikir benda selain daripada blogging.

So, memang agak kureng berblogginglah kan. Yerp, ku memang minat berblogging tapi suatu ketika dahulu ku dapat rasa yang ku memaksa diri untuk berblogging. Korang ada 'rasa' macam itu tak? Korang rasa macam kalau tak update macam ada yang tak kena. Dan korang paksa juga diri korang untuk menulis entry. Tak kisahlah korang tulis sekali banyak entry lepas itu scheduled kan post nya ataupun korang jenis tulis entry hari ini, hari ini juga post kan.

Actually, saya pernah berada dalam tahap yang macam itulah. Bila mana saya kena away from internet beberapa hari, saya akan siapkan scheduled post untuk hari-hari ketiadaan saya itu. Dah jadi macam memaksa diripun ada rasanya. So, sometimes saya rasa macam tak happy sebab banyak meluangkan masa depan PC. Kadang-kadang waktu kerjapun saya curi-curi update entry ataupun baca blog orang lain.

Tapi itu dululah. Now I'm happy with my life. Tak ada siapa lagi yang bising-bising cakap saya ini hantu PC dan asik melekat depan blog sahaja. Dahulupun saya lebihkan blogging daripada FB. Tapi sekarang ini saya dah mula rajin update FB. Saya amat-amatlah kagum pada mereka yang berjaya dalam berblogging ini. Honestly saya dah cuba tapi saya jadi tak happy sepenuhnya bila saya mula serius berblogging. Mungkin cara saya yang tak betul kot. Tapi, saya memang happy dengan apa yang saya buat sekarang.

Saya bukan tak update blog. Saya update. Setiap hari kalau boleh saya update entry. Tapi mungkin saya dah kurangkan blogwalking. Saya akan blogwalking ke blog-blog yang singgah kat shoutbox saya. Dan juga yang komen kat entry post saya. Dan lagi satu blog yang saya list kan dalam blog lama saya. Lagi satu saya tetap mantain update blog lama saya http://www.noorafzan.blogspot.com/.

Blog ini saya akan tumpukan pada kupasan isu semasa atau apa-apa sahaja yang tak personal. Manakala di blog lama itu  saya update kisah hidup saya iaitu as personal bloglah kan.

Kepada yang baru nak berblogging secara serius. Korang kena belajar betul-betul dengan sifu-sifu dalam dunia blogging ini macam eyriqazz, cikgudahlia, darkbatman, ariffshah, ben ashaari, kakinalkl, cikmin, yanmie, melz, broframestone, cikepal, redmummy, jardness, joegrimjow dan beberapa blogger yang saya tabik dari dahulu. Happy blogging ok!

10 comments:

dayah said...

slmat berblogging :) saya kagum pada mereka yg tidak pernah sehari pon tertinggal utk apdet entry

eiela said...

memang betul susah nak jadi blogger tegar nih, nak-nak plak line slow dengan busy terlampau. huhu happy blogging je lah dapat kan kak.

Isa said...

gua pun dah mula boring nih....

Nabiel said...

susah jgak nk jadi blogger tegar nie afzan..
hehehe..nabiel dlu pnah cmtuh..kdg2 smpi stress dpn lptop ble nk bt entry, tapi idea tkde..
tpi skrng dah dpt krgkn sket..klu ada lptop pn tkde la smpi nk perah2 otak nk update..plg kuat pn BW jek..hehehe
xde lagi smpi thp bt schedule..hehehe

nway,berblogging mmg best la..
bila idea melimpah2..jadi tak tau lak nk tulis yg mane 1..hahaha

noorafzan said...

sayapun kagum gak ngan dorang.
hehe~

noorafzan said...

yeah, happy blogging yea eiela =)

noorafzan said...

haha..
bro pun dah mula boring.
tapi salute gak kat bro.
leh update banyak2 entry.
=)

noorafzan said...

nabiel.
tu la.
saya nak happy2 je bukan sahaja sebagai blogger tapi sebagai pekerja, anak, kawan2 dll.
=)

naz said...

saya bukan bloger tegar :) saya menaipa kadang kala sahaja

noorafzan said...

tu la.
tapi saya peminat tulisan naz =)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics