Followers

Monday, February 14, 2011

Bagaimana kalau suami tak benarkan blogging?

Salam korang!

Well, akupun pelik dengan system blogger sekarang ini. Sebab setiap post yang asalnya scheduled jadi draft bila saya check kemudian. Dah beberapa hari jadi macam itu sampai saya terpaksa post auto bila saya check post itu 'draft'.

Saya memang tidak punya masa yang banyak untuk online lately. Masa terluang kena diperuntukkan untuk perkara lain yang lebih penting. Ehem..ehem..Lagu satu sejak 1 PC di rumah problem, saya dah kurang online sebab ada 1 PC sahaja di rumah yang terpaksa share dengan abang ataupun ayah. Abang saya kalau dah duduk depan PC memang akan melekat sahajalah. Kalau tidak layan video lawak-lawak di Youtube, dia akan layan FB ataupun paling best layan game tembak-tembak. Fuhh..

Saya memang banyak online di office sahaja itupun memang limited time. Time rehat sahajalah kan masa yang adapun. Lunch break 50 minit pulun baca blog, buka FB, check email dan baca paper online. Haih..

Saya tidak dapat bayangkan keadaan selepas berkahwin nanti. Ye la kan setiap yang bujang mesti nak kahwin juga kan. Cuma tak tahu bila sahaja. Sampai masa nanti kahwinlah kan. Hmm, kalau sudah ada suami mesti aktiviti beronline akan jadi semakin kurang. Tanggungjawab makin bertambah. Kalau suami tak benarkan berblogging macam mana eh? huhu~

Ok, dah. Stop berangan ye wahai noorafzan. Jauh sangat angan-angan itu.
Ok da, bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics