Followers

Friday, February 4, 2011

Permulaan 2011 : Meriah dengan Majlis Kahwin member-member

Salam korang!

Saya ingat tahun lepas akan jadi tahun paling ramai kawan-kawan kahwin. Tapi, rupanya bukan. Tahun 2011 ini lagi ramai geng-geng nak kahwin. Semunya nak 'tiru' saya lah tu. Bermula seawal tahun baru January 2011, dah banyak jemputan kahwin yang saya dapat. Sampai tak menang tangan nak memenuhi jemputan. Last jemputan yang saya penuhi ialah daripada Hidayah dan Fetry. Itupun dapat pergi sekejap sahaja sebab selepas itu ke majlis kahwin kawan tunang pula. Apapun tahniahlah ye kepada Hidayah dan Fetry. Kalau ikutkan hujung minggu ini kenduri belah Fetry pula tapi tak dapatlah saya join sebab dah ada urusan lain.

Bulan February 2011 pula seawal minggu pertama sampai berdouble triple jemputan tapi semua tak dapek saya penuhi sebab ada urusan penting. 2 hari straight sabtu ahad tu. 3 jemputan daripada kawan sekolah di Puchong iaitu Zanaria dan juga Farid. Lepas itu jemputan kahwin member sekolah teknik pula , Fetry. Semuanya pada hari yang sama iaitu Ahad ini 06hb Feb. Apapun tahniah saya ucapkan kepada mereka dan maaflah tak dapat pergi majlis korang.

Minggu depan pula dapat jemputan ke 2 Majlis pada 12hb Feb. Kawan satu kursus masa di UTM dulu, Fauzi dan juga seorang lagi rakan di teknik, Jaja. Minggu seterusnya pula ada 1 jemputan kahwin pada hari sabtu yang saya kena kerja iaitu Syawal (kawan kepada tunang sebenarnya). Maybe tak dapat joinlah kan sebab kena simpan cuti untuk majlis sendiri pula kan. huhu~

Hujung bulan February pun dapat jemputan kahwin juga. 2 pula tu pada hari yang sama. Dua dua jemputan datang daripada rakan sekolah teknik iaitu Nadia Norman dan juga Natasha. Tapi apakan daya saya sebab pada tarikh itu saya berada di Melaka. Ada program Family Day selama 2 hari 1 malam.

Itu baru cerita bulan January kan? Belum lagi bulan March. Dah nampak dah invitation event dekat FB tu. huhu. Meriah nnooo tahun ini.

1 comment:

emieysandra said...

suke tgk org kawin nih, akak lak bile?dh nk dkat kan

~_^

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics