Followers

Tuesday, February 22, 2011

Tribute to Allahyarham Sudirman!

Salam korang!

Pagi-pagi ini buka sahaja radio sama ada ERA fm ataupun HOT fm semuanya dok putar lagu Allahyarham Sudirman. Begitulah kita kan bila orang itu sudah tiada barulah nak diagungkan, dikenang, diberi anugerah serta darjah kebesaran atas jasa mereka taburkan untuk negara. Perkara yang sama berlaku juga pada Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Masa dia hidup dulu tak sempat pula nak bagi gelaran Tan Sri. Bila sudah tiada baru dapat.

Tapi saya tak salahkan atau condem sesiapapun sebab itulah norma kita sebagai manusia kan. Bila sesuatu atau seseorang itu ada didepan mata kita, kita jarang menghargainya sehinggalah sesuatu atau seseorang itu hilang atau pergi meninggalkan kita. Kalau sempat, bolehlah dapat balik tapi kalau sudah tidak ada memang menyesalpun tidak berguna lagi. Kena ambil ikhtibar sahajalah supaya kita dapat belajar menghargai apa yang kita telah miliki.

Berbalik kepada tajuk kita iaitu pasal Allahyarham Sudirman, saya memang mengakui kehebatan lagu-lagunya yang menusuk kalbu. Lagi-lagi lagu Ayah dan Ibu. Saya yakin begitu ramai di kalangan kita menjadikan lagu ini sebagai satu semangat untuk kita belajar menghargai pengorbanan ibu dan ayah kita. Sekaligus menyayangi, menghargai dan menghormati ibu bapa kita. Jadi, lagu ini salahsatu lagu favourite yang mengajak kita kepada kebaikan. Mungkin juga lagu ini akan jadi bekalan untuk Allahyarham di SANA selagi lagu ini berupaya menginsafkan ramai orang. Saya dengar lagu ini memang akan nangis sebab sangat touching. Menusuk kalbuku gitu. Jom sama-sama hayati lirik lagu ini jom!

Ayah dan ibu : Allahyarham Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

p/s : nangis la tu. =)

k, bai!

2 comments:

Nabiel said...

hurmmm~
lagu dia memang mngusik kalbu~hehehe
tpi..tk tseksa ke owg yg dah meninggal tuh klu kta duk mainkan lagu dia?

noorafzan said...

Sudirman dalam kenangan.
apa yang akan jadi bekalan kita selepas mati.
first, amalan kebajikan kita kan? bagi saya lagu ayah dan ibu ini mesejnya sangat baik dan terkesan di hati setiap yang mendengar. dan mampu buat kita insaf dan menghargai ibu bapa kita. tidakkan ia dikira sebagai amalan?
tapi satu lagu ini je la kan.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics