Followers

Wednesday, February 23, 2011

Career Fair di UNITEN

Salam korang!

Korang mesti pernah pergi Career Fair kan. Tak kiralah ia dianjurkan Universiti atau organisasi lain, memang sentiasa meriah dengan pencari-pencari kerja, bakal-bakal graduan dan juga tak kurang yang hanya datang nak kumpul beg goodies daripada company yang participate dalam Fair tersebut.

Err..cakap pasal kumpul goodies, saya ini dulu amatlah suka ke Career Fair. Sebab setiap booth akan sediakan cenderahati. At least sebatang pen yang ada tulis nama company itu. Antara goodies yang pernah saya dapat masa gila Career Fair dulu ialah pen, beg ECO, Pencil Case, Highlighter, penanda buku, buku nota kecil, keychain dan tali untuk gantung tag holder. Seronok! Sambil-sambil submit resume boleh kumpul hadiah hebat. Memang lari daripada niat betul.

Tapi kenapa saya sibuk sangat cerita pasal Career Fair?

Err,sebenarnya saya hari ini akan sekali lagi ke Career Fair. Tapi bukanlah sebagai pencari kerja. Saya kena jaga booth.

Engineering & IT Job Fair

Date: 22nd - 23rd February 2011
Time: 9am-5pm
Venue: Gallery, Admin, UNITEN

Saya pula yang kena bagi goodies pada orang. Nervouslah pula rasa. Moh le datang Career Fair di UNITEN hari ini. Boleh jumpa saya. Nama company saya SATO. Jom-jom! Hari ini last day!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics