Followers

Thursday, April 21, 2011

Urusan perkahwinan lagi..haih!

Salam korang!

Serius lama gila kot saya tinggalkan blog ini bersawang. Bukan sengaja nak biarkan berhabuk tapi faham-fahamlah kan mood untuk bergelar ratu sehari itu melonjak lebih daripada mood untuk blogging. Bila lawan confirm blogging kalah kan. Taka pa bukan selalu kalahpun sebab nak menjadi ratu sehari kalau boleh biarlah sekali sahaja seumur hidup. Betul tak?

Preparation saya setakat ini?

Banyak perkara hamper settle tapi kan saya risau dengan beberapa perkara yang ehem..ehem..rasa macam hape entah. Ni pasal baju bersanding, rupa bentuk pelamin, hiasan bilik tidur. Langsung tak Nampak bayang lagi. Bila kita call mak andam, dia kata bila siap bajunya nanti dia akan call. Tapi sampai sekarangpun tak call call. Risau mak sebab tinggal sebulan setengah sahaja lagi kot majlis langsungnya.

Itu baru cerita mak andam, belum lagi doorgift. Ok, ini boleh salahkan saya. Sebab saya yang kena prepare tapi saya yang lengah-lengahkan. Haih, susah juga sebenarnya nak tentukan doorgift. Sekarang ini terlalu banyak pilihan. Itu yang kelabu sahaja mata nak pilih. Heh~

Erm, lagi satu tok kadipun belum sempat ketemu. Hajatnya nak pergi settle esok.Tolong doakan urusan esok dipermudahkan ye. Lama sudah nak jumpa tapi ada sahaja urusan lain. Kalau tak saya ada urusan, wali dengan saksi pula yang busy. Heh~

P/S : Langsir terjahit senget da..kena bikin balik nampaknya. Hoho~

4 comments:

::cik ungu:: said...

Relax afzan...baju aku siap lagi 2 minggu nak majlis. berdebar gak rasa. Tapi Alhamdulillah sangat puas hati=). Kalau kita yakin dengan vendor kita, insyaALLAH diorang boleh buat yang terbaek...

LuthfiMY said...

bila kenduri?

noorafzan said...

kenduri insyaAllah 12hb 6 nanti =)

noorafzan said...

fuh..2 minggu sebelum majlis baru siap.
kalau aku dah gelabah dah..huhu~

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics