Followers

Thursday, July 14, 2011

Sambutan Ulang Bulan Pertama sebagai suami isteri

Selamat Pagi Malaysia!

Tak lupa juga kalau ada pembaca daripada luar Malaysia, Holla World!



Hari ini sudahpun Khamis, 14 July 2011.

Sudah lebih 1 bulan saya bergelar isteri kepada Ahmad Fawzan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang terbaik buat saya.

Dan harapan saya perasaan ini akan terus berbunga sampai ke syurga.



“Selamat Ulang Bulan sayangku”

Begitulah ucapan suami semasa kami sedang berdating di The Curve pada 11/Jul/2011. Kami ke sana nak pergi layan filem Transformers.

Kali pertama menonton wayang setelah diijabkabul. Filem itu makan masa 2 jam setengah untuk tamat. Kami masuk panggung selepas solat Asar kira-kira pukul 5.00 petang dan keluar panggung sudahpun masuk Maghrib. Mulanya nak terus balik rumah tapi bila tengok jalan sesak, kami singgah di masjid TTDI untuk solat Maghrib.



Selepas solat, tiba-tiba timbul idea nak berdating di pantai macam dolu-dolu. Cuma kali ini nak dating malam-malam sudah tak menjadi masalah. So, lepas mahgrib kami terus gerak ke Pantai Morib. Tapi sedih sedikit sebab sebaik sahaja sampai, hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Nampaknya kami terpaksa dating dlaam kereta dahulu sementara menanti hujan teduh. Risau juga sebenarnya kalau-kalau ada orang Jabatan Agama serbu. Walaupun kami sudah sah sebagai suami isteri tetapi still rasa tak berapa manis kot berdua-duaan di tempat yang suram (sebab cuma bertemankan cahaya lampu jalan dengan hujan yang lambat pula mahu berhenti).



Sebaik sahaja hujan berhenti, jam sudahpun menginjak angka 10. Lewat sudah. Dan pantai sunyi sebab baru lepas hujan kan. Siapa nak lepak tepi laut hujan-hujan kan. Dah lewat malam pula tu. Huhu. Kamipun merayau-rayau sekitar pantai yang sunyi. Ingatkan taka da kedai makan yang buka. Rupanya ada sederet kedai makanan dan minuman menanti. Apa lagi bila sudah hujan, sejuk pula itu, perutpun mengaum kelaparan. Terus order nasi goring seafood yang akhirnya terpaksa dihabiskan separuh oleh suami sebab portion banyak sangat. Boleh tahanlah sebab portion banyak tapi harganya RM5.00 sahaja.



Lepas itu kami terus bergerak pulang. Oleh kerana suami mengantuk yang teramat sangat, kami singgah tidur (dalam kereta je pun) di Hentian selepas Tol Shah Alam (kot?) Sejam lebih juga terlelap. Sampai rumah pukul 2.00 pagi. Fuhh, memang penuh dengan aktivitilah sempena menyambut Ulang Bulan Perkahwinan kami yang pertama. Ekeke~



Ok da, bai!

p/s : sila abaikan typo kalau ada. malas nak check.

5 comments:

kapten atok said...

org dah kawen pun tau segan dating kat tmpt n pd masa mcm tu

org x kawen x segan plak

aidaeffa said...

sis pi morib awat tak mai umah sy.. dah lalu dah tu, sy kat telok datok je :D

happy 1 monthlyversary sis! (eh ada ke word ni? :P)

noorafzan said...

tu la pasal bro. semua tu hasutan yang ketiga je.
bila dah halal, yang ketiga tu takde dah.

noorafzan said...

oo..ye ke? tak tahupun. kok tahu dah menyinggah. eheh~

Delly said...

Gee whiz, and I touhght this would be hard to find out.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics