Followers

Wednesday, July 27, 2011

Guru Dulu vs Guru Sekarang

Salam Hari Rabu

Seperti biasa setiap pagi saya akan menyelak akhbar online.

Almaklumlah sampai office awal .



Jadi masa yang ada saya gunakan untuk membaca. Saya tertarik dengan satu surat yang dihantar oleh seorang bapa. Dalam surat itu dia sebagai bapa memuji tindakan pihak sekolah yang mengenakan hukuman ke atas anaknya yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah kerana mewarna rambut dan menggayakan ala-ala punk menggunakan gel. Sedikit kagum dengan mentaliti sesetengah ibu bapa sekarang yang masih ada rasa hormat kepada guru sedangkan begitu banyak kes ibu bapa zaman sekarang yang sanggup menyaman guru/sekolah hanya kerana guru menjalankan tugas menghukum anak-anak mereka yang melakukan kesalahan.



Kebanyakan ibu-bapa sekarang terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga mencampuri bidang kuasa guru di sekolah yang berusaha untuk mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan berguna kepada agama, masyarakat dan Negara. Tindakan kebanyakan ibu bapa yang membela anak yang melakukan kesalahan membuat mereka rasa ‘kebal’ dan ‘bebas’ untuk melakukan apa sahaja kerana guru-guru tidak ada ‘kuasa’ untuk menghalang mereka daripada melakukan kesalahan. Bila anak-anak menjadi ‘liar’ dan ‘tidak berjaya’, guru-guru juga dipersalahkan sedangkan mereka sendiri yang menyekat sekolah daripada mendisiplinkan anak mereka.



Teringat ketika saya di zaman sekolah rendah( awal 90an), satu kelas dirotan di tangan kerana tidak menyiapkan latihan yang diberikan cikgu tetapi tidak seorangpun yang berani mengadu kepada ibu-bapa masing-masing. Kalau mengadu juga, umpama mencari nahas sebab ibu bapa pula akan mengenakan hukuman ‘tambahan’ kepada kami (pelajar-pelajar). Bermacam denda dan hukuman yang diberikan cikgu-cikgu bukan bertujuan menyeksa pelajar tetapi bertujuan memberi pengajaran kepada kita dan juga rakan-rakan yang lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Dan sokongan ibu-bapa yang memahami tugas berat guru juga membentuk kami sebagai generasi yang ‘tidak manja’, ‘berdisiplin’ dan ‘sangat menghormati guru’.



p/s : cabaran guru zaman sekarang lebih besar berbanding dulu. Bukan sahaja perlu melayan karenah murid-murid tetapi turut sama menangani karenah ibu bapa murid.

5 comments:

kapten atok said...

sekolah bukan lg tmpt bentuk disiplin skang ni. cikgu dah x berani

kueh said...

murid skrg manja...

noorafzan said...

betul. manja dan nakal.

noorafzan said...

murid pula terlebih berani mencabar cikgu. prob betul.

Marsue said...

Keep on wrtniig and chugging away!

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics