Followers

Saturday, July 2, 2011

Prasangka pembunuh jiwa

Salam korang!



Prasangka.

Manusia memang mudah untuk berprasangka kepada orang lain.

Haih, tidak perlu cakap jauh, tuding jari kepada diri sendiripun sudah cukup. Saya sendiripun begitu mudah untuk berprasangka dengan orang.

Tapi prasangka pun ada dua peringkat.



Satu;

Prasangka yang hanya terdetik dalam hati apabila melihat dan mendengar kepada perlakuan seseorang atau sekumpulan orang dan disimpan tanpa diberitahu kepada orang lain.



Dua;

Prasangka yang terdetik dalam hati apabila melihat dan mendengar perlakuan seseorang atau sekumpulan orang dan kemudiannya dikongsi dengan orang lain. Seolah-olah menjaja cerita yang tak tahu betul salah sebab hanya ‘prasangka’ belaka atau lebih mudah disebut sebagai ‘fitnah’.



Saya sendiri tidak begitu kuat untuk menghindari rasa prasangka dalam diri bila melihat sesuatu yang mencurigakan berlaku depan mata saya. Dan saya sendiri tidak dapat menahan rasa hati daripada berprasangka terhadap orang yang melakukan tindakan yang melampau. Dan saya tahu bukan saya sahaja begitu tapi ramai lagi seperti saya. Tapi, selagi prasangka masih berada dalam peringkat Satu, maka kita masih selamat. Sebab selagi rasa itu masih tersimpan didalam hati, tidak berdosa. Maknanya kita berjaya mengelakkan berlakunya satu fitnah.



Bagaimana kalau sudah berada di peringkat Dua?

Fuh, tidak dapat dibayangkan betapa dasyatnya bila kita telah sampai ke peringkat ini. Bayangkan, kita telah menyebarkan fitnah ke atas seseorang atau sekumpulan orang. Kita bukan hanya perlu untuk meminta maaf dengan bertaubat kepada Allah SWT sahaja tetapi kita perlu juga meminta maaf kepada setiap orang yang kita ‘prasangka’. Bayangkan pula kalau orang yang kita ‘prasangka’ itu sudah lost contact ataupun kita tak kenalpun dia siapa ataupun kita kenal dia tetapi dia tak kenal kita seperti artis ataupun pemimpin negara dan juga paling teruk orang itu sudahpun kembali kepadaNya. Apa yang dapat kita lakukan untuk meminta ampun? Menyesal tidak berguna lagi.



So, apa kata kita muhasabah diri sendiri. Ambil yang keruh dan buang yang jernih. Sentiasa menanamkan sikap positif dalam diri dan juga positif terhadap orang lain. Singkirkan rasa-rasa negative yang sentiasa nak datang dekat datang rapat semata-mata untuk menyesatkan kita. Sebab hidup di dunia inipun bukannya lama mana. Nak enjoy? Apalah sangat enjoy di dunia yang sementara ini berbanding kehidupan abadi di akhirat nanti. Tepuk dada tanya iman.

Ok, bai!

13 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics