Salam korang!
Hari ini saya berada dalam mood yang ke laut. Mood semangat bekerja tiba-tiba sahaja mati. Rasa sedikit terkilan sebab kerja yang kita buat atas arahan boss tak dipandangpun. Alih-alih macam anjing menyalak bukit sahaja. Malupun ada. Tapi, biarlah. Kita sudah berusaha sebaik mungkin tetapi apakan daya sebab saya hanya insan biasa. Kadang-kadang kerja terlalu banyak buat saya tak menang tangan untuk membantu orang lain yang memerlukan. Sehingga ada benda yang terlepas pandang. Bila nak catch up sudah terlambat. Hmmm..~
Bila dah bekerja, memang benda-benda macam ini adalah situasi biasa yang akan ditempuh. Dan benda-benda macam ini jugalah buat semangat untuk terus bekerja di tempat yang sama seakan bergoyah. Tapi bila fikir semula, di mana-manapun tempat mencari rezeki, akan ada situasi yang tak menarik ini. Mesti akan ada punya anasir-anasir halus yang akan buat hati yang teguh bergoyang. Cuma ketahanan hati itu sendiri yang menentukan berapa lama ia mampu berdiri walaupun tak seteguh mana. Selagi ia tak tumbang jatuh menyembah tanah, selagi itulah bertahan.
Tapi sampai bila?
No comments:
Post a Comment