Followers

Thursday, July 7, 2011

Hutang PTPTN

Salam korang!

Tadi saya check baki pinjaman PTPTN di website. Fuhh..ada lagi lebih kurang RM1000 perlu dilangsaikan. Saya pernah meminjam daripada PTPTN sebanyak RM7000 semasa mula-mula menjejak kaki di IPT dulu. Tapi sesudah menerima biasiswa JPA, saya stop PTPTN. Tetapi disebabkan pengurusan kewangan yang tak berapa nak bijak masa itu saya tak berjaya melangsaikan hutang itu sekaligus. Saya bayar kalau tak silap RM2000 sahaja dan siap tulis surat minta penangguhan bayaran sehingga habis belajar.
Ingatkan bila sudah minta tangguh, bolehlah rileks sekejap tapi datang surat PTPTN minta saya langsaikan juga hutang itu dalam masa belajar. Kejam tak kejamlah tapi nak buat macam mana saya cuba juga bayar sikit demi sikit. Dalam masa yang sama bunga makin naik juga. Katanya kos pentadbiran. Layankan sahajalah. Nak buat macam mana dah namanya berhutang. Kenalah bayar juga kan.
Tapi saya tak berjaya juga selesaikan masa semuanya walaupun dah habis belajar. Masa grad saya ada hutang dekat RM3000. Lepas dah mula kerja, start buat bayaran. Walaupun tak banyak tapi still bayar juga kan. Dan sekarang masih lagi berbaki. Tak habis-habis lagi hutang walaupun sudah berkahwin.
Ingatkan azam tahun ini nak habiskan bayar hutang PTPTN tetapi macam tak boleh juga selesai tahun ini. Carry forward dalam azam tahun depanlah pula kot. Itupun tak fikir lagi kalau sudah ada komitmen yang lebih besar iaitu anak.
Dan terfikir juga apa akan jadi bila hutang dah makin selesai ataupun jika saya terlebih bayar hutang? Adakah PTPTN akan automatic close account hutang itu atau kita still kena pergi inform ke pejabat PTPTN? Leceh pula rasanya. Ada member yang dah habiskan bayar di kaunter PTPTN pun still dapat information pasal outstanding amount perlu dibayar. Walaupun tak banyak tapi sampai bila nak terus dibelenggu hutang. Pengurusan PTPTN perlu buat sesuatu supaya golongan yang dah habis bayar ini tak teraniaya. Yang tak bayar langsung itu satu hal. Tapi janganlah dibuli orang yang dah langsaikan hutang kan?
Bila lihat pengalaman orang dan renungkan pengalaman sendiri, satu sahaja nasihat saya, kalau ada pilihan lain, janganlah ambil pinjaman PTPTN. Pinjaman MARA lagi better kot. Banyak sangat karenahnya bila nak melangsaikan hutang nanti. Masa dapat duit memang syok kan. Heh~

Tapi, kalau dah tak ada pilihan, pinjam sahajalah. No hal punya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIryZQf-fq3m4Vt8hypxK32IiVjbc-sIY-6mpx-2NGdXfPFHZpyFlO1QHosDXNgBUxNU0JdDF7C9btf3d762TUhUwyFA_LV2tjc_iKc3sTAS4y8mvcOPiNRSHpvEcx95ZrrfPj3r7xNaZu/s400/ptptn.jpg

p/s : korang ada pengalaman tak settle kan hutang PTPTN di kaunter? Share sikit.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum semua,

Sekadar ingin berkongsi info.Bab hutang PTPTN toksah dok cerita..cemuih dah..semua orang dah tau..apa kesanya kalau tak boleh bayar.Masaalahnya laaa ni depa tak dak duit nak bayar hutang tu. 2 tahun dulu aku mulakan projek ini, motif dia nak cari jalan untuk bayar hutang PTPTN bini aku yang berjumlah RM17K ++. Sebelum siap benda ni aku siap kena tipu lagi..dekat-dekat 2k juga oleh agen yang kononya boleh bantu aku untuk dapatkan pendapatan...akhirnya projek awai aku dah siap dan laaaa nii operasinya telah pun dimulakan. Ikut plan kalau tak dak kacau bilau dalam tempoh 2 tahun hutang PTPTN boleh selesai.Tapi aku hanya handle untuk hutang bawah pada RM25 K sahaja..had lain tu dia ambik masa sikit mungkin 4 ke 5 tahun baru boleh selesai..haaa..kalau ada yang berminat masej mai dekat aku..macam mana nak buat..Tq

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics