Followers

Monday, July 4, 2011

ZAMAN BELAJAR VS ZAMAN KERJA!

Salam korang!

Hari ini dah masuk minggu kerja yang baru bagi yang bekerja dan minggu ke kelas untuk para student . Isnin datang lagi. Mari mulakan hidup dengan hati yang tenang, gembira dan cergas. Cuti 2 hari sepatutnya cukup untuk restore energy kan. Pada yang masih lagi bercuti semester yang panjang, mesti dah tak tahu beza Isnin dengan Ahad kan? Rasa macam hari-haripun hari Ahad. Ekeke~

Saya pernah melalui zaman itu. Zaman belajar di Uni memang zaman yang paling indah. Tidak terikat dengan jadual yang sama hari-hari. Kalau zaman berbaju uniform putih berkain biru, kena masuk sekolah seawal 7.30 pagi dan balik 1.30 petang atau 2.45 petang dengan jadual kelas yang padat. Kalau sudah berkerjaya, kena masuk kerja ikut shift ditetapkan. Biasanya masuk pukul 8.00 pagi dan balik pukul 5.00 petang. Segalanya kena ikut jadual yang ditetapkan pengurusan. Masa Zaman Uni memang kena ikut peraturan, tapi jadual kelas kita boleh tentukan ikut kesesuaian. Asalkan cukup jam kredit dan ambil semua subjek yang ditetapkan dan lulus, kita sudah boleh grad.

Cakap pasal jadual kelas, biasanya ramai yang tak suka memilih kelas seawall 8.00pagi. Paling awalpun pukul 9.00pagi atau 10.00pagi. Begitu juga petang, kalau boleh kelas mesti tamat pukul 4.00petang. Baru rasa nikmatnya hidup. Jumaat pula kalau boleh tiada kelas langsung. Boleh straight cuti 3 hari kan. Tapi saya memang tak pernah dapat nak susun jadual macam itu. Mesti lekat juga 1 kelas petang jumaat. Kadang-kadang kalau terdesak sangat memang ‘burn’ lah kelas tersebut.

Bila sudah grad, sementara mendapat peluang pekerjaan apa lagi yang hendak dilakukan selain melepak di rumah macam budak sekolah yang sedang menikmati cuti hujung tahun dan juga mungkin macam sedang bercuti semester. Cuma, cuti kali ini pelik sikit sebab tak perlu lagi fikir pasal study sebab dah tamatpun. Hari-hari adalah hari ahad tapi dalam masa yang sama tangan ligat buka website jobstreet dan others jobs hunting websites yang bersepah. Peluang pekerjaan banyak tapi bukan mudah untuk mendapatkannya. Sebab terlalu ramai graduan keluar setiap tahun. So, terpaksa compete dengan mereka-mereka ini supaya kita terpilih. So, kadang-kadang itu adalah rasa hari itu bukan hari ahad sebab kena pergi interview sana sini. =)

Then, bila dapat job offer, maka bermulalah zaman sekolah kita. Pergi kerja balik kerja. Pukul 8.00 pagi masuk kerja. Pung pang pung pang buat kerja itu ini. Buat meeting itu ini. Buat report itu ini. Pukul 5.30 petang balik. Esokannya ulang perkara yang sama. Tak macam sekolah ke? Memanglah hari-hari kita buat kerja yang berlainan tapi still in scope yang sama juga kan. Sama macam di sekolah dahulu, memang hari-hari kita belajar new things, new knowledge tapi still buat perkara sama juga kan. Duduk dengar cikgu mengajar, buat latihan bla bla bla. Kalau kita bekerja dengan orang, macam itulah situasinya.

4 comments:

mario said...

zaman sentiasa berubah kan...

noorafzan said...

yeah, betul tu mario =)

aidaeffa said...

yups sis, 200% agreed! skrg ni sy tgh mid-sem break. wahh bahagianya~ hehe! :D

memang sy sedaya upaya tak nak choose kelas pukul 8 a.m, kes malas nak bangun awal. haha perangai agak tak senonoh sikit :D

p/s : sorry sis tak dapat attend wedding sis. masa tu kat kampus..

noorafzan said...

haha..sama la cam akak dulu. enjoy ur student life k.

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics