Followers

Wednesday, January 26, 2011

Tahap kesihatan kulit makin teruk : Punca?

Salam korang!

Last time saya ada cerita pasal masalah kulit yang saya alami selepas pakai sabun slimming. Erm, saya memang stop terus bila ada kesan sampingan dan teruslah jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kulit itu aset. Lagi-lagi dah nak kahwin tak berapa lama sahaja lagi.

Masa jumpa doktor itu dia tak dapat nak pastikan apakah jenis infection yang saya alami. So, dia just bagi ubat untuk kurangkan bengkak, kurangkan gatal dan kurangkan sakit. Saya makanlah ubat itu ikut jadual dan lama-lama infectionpun berkurang tapi bila salah satu daripada ubat yang doktor bagi habis, saya terus makan sahaja ubat lain (lagi 2 jenis ubat).

Tiba-tiba naik lagi infection ala-ala ruam. Kali ini macam lebih teruk tapi sampai ke sekarang saya tak berkesempatan untuk ke klinik berjumpa doktor. Bila saya tengok makin teruk ini saya mula risau dan akan ke klinik juga hari ini. Busy tak busy tetap nak pergi jumpa doktor. Risau juga takut ada sakit lain kan.

Dalam keadaan macam ini tiba-tiba saya teringat seorang sahabat yang telahpun dijemput Illahi semasa semester 2 tahun 1 di UTM dulu. Sahabat ini rakan sekelas saya dan dia meninggal dunia akibat barah kulit. Uuu..semalam memang rindu betul pada dia. Teringat masa saya dengan dia terpaksa menaiki tangga tinggi untuk ke kelas. Dek kerana dia tak larat, saya dan dia berhenti beberapa kali sebelum berjaya sampai ke puncak tangga. Kesan penyakit dia itulah yang menyebabkan badan dia lemah dan kulitnya jaid kering bersisik. Tapi saya kagum dengan ketabahan dia sebab dia tetap gigih untuk ke kelas dan belajar walaupun sakit.

Tapi segalanya berakhir bila dia jatuh sakit dan terpaksa di hantar ke hospital. Itulah kali terakhir saya bersama dia dan selepas itu dia terus balik kampung. Dan khabar sedih kami terima pada 14hb Februari bila salah seorang kawan kami mendapat mesej daripada keluarga Allahyarhamah memberitahu pemergian Allahyarhamah ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarhamah Farah Zuria dirahamati Allah SWT.

Harapan saya sakit saya ini hanya sakit biasa. Dan akan sembuh secepat mungkin. Doakanlah ye kawan-kawan.

Jangan lupa terjah blog saya yang satu lagi http://www.noorafzan.com/
Ok, bai!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics