Followers

Sunday, June 28, 2009

Kucing kesayangan pulang dari perantauan~

embun yang tak reti berdikari


kaka kesayangan kami

'B***ng, ingat tak kucing yang kau sayang sangat dulu...'


Cik Jan bersuara dari pintu depan umah yang terbuka luas.

'Errr..Kaka ke?'


Saya menjawab penuh confident tanpa ragu2..Memang sayang sangat la kat yang bernama Kaka..
Beliau telah lari dari umah kerana stress dengan penyakit ruam yang dihadapi..
Hobi beliau menggaru sehinggga menyebabkan bulu beliau yang sebelum ini gebus menjadi kurang gebus..(sebab beliau kucing parsi)
Tak sesuai kot dengan environment di rumah kami yang berkongsi laman bersama ayam, kucing liar dan serangga2 kecil yang lain..
sampai sekarang beliau tidak pulang..
huhu~

'Bukan, yang lagi satu..
yang ada anak nama Awan tuh?'


Cik Jan menidakkan fakta tersebut..

'Oooo.. Embun ker?'


Haha..ape kes namakan kucing dengan Embun..?
Nama tu ayah yang bagi..tak tau sebab apa..
Nama classic betul..haha~
Masa nak pilih nama anak beliau, kami memerah otak juga la supaya serasi dengan nama maknya.
Sehinggalah adekku mencadangkan Awan..
Sebab embun tuh sejenis air semulajadi..
Kalau nak namakan Hujan tak boleh..
Itu dah jadi trade mark kumpulan Indie popular malaysia.
Nanti tak pasal2 kami disamannya..huhu~

'Haa..iye la tuh..Die dah balik nih..
Cuba kau buat kawat cam sikit..'


Actually Cik Jan mengalami masalah penglihatan yang serius kesan penyakit keturunan..
'Sweet Urine' atau dikenali sebagai Kencing manis dikalangan kita.
Sebab tu Cik jan ragu2 dengan apa yang die nampak..

Sayapun segera meluru ke pintu depan sebab tak sabar nak buat kawad cam..Sekali betul daa~

'Laa..betul la
Embun dah balik..
Jumpa juga dia rumah kita nih yer..'


(sebenarnya kami telah 'memindahkan' beliau ke kawasan yang agak jauh dari umah kami dengan harapan dia dapat merasa hidup berdikari..
Ternyata beliau tidak mampu sebab kelihatan badannya semakin kurus..)

p/s : Sayangilah kucing kerana kucing itu rezeki..

15 comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics