Followers

Monday, June 8, 2009

Happening Event at Glory Beach Resort PD..

Semalam berlabuhlah tirai Program Perintis anjuran Alumni Lambaian Masyarakat atau @lambaian..
Aktiviti yang kami lakukan superb sempoi tapi sangatlah best..
Program bermula dari sabtu tengahari..
Disebabkan saya sampai lambat..dalam kul 3 camtu..
Saya terlepas aktiviti beramah mesra sambil makan ramai2 di bilik operasi..
Actually bilik operasi for temporary sebab bilik tuh bakal dihuni oleh jejaka2 bujang @lambaian..

After makan and lepak2, kami bergerak ke bilik (bilik ni means apartment sama ada 2 bilik atau 3 bilik..) masing2..
Saya sebilik la ngan Kak Ikin, Ummu dan Aemi...sebab kami berempat jer bujang 'ayu' yang umur 25 ke bawah..
'Bilik' kami nih sebenarnya apartment 2 bilik. Satu bilik single kecil n then satu lagi bilik besar yang ada 2 katil single yang digabungkan..
Yang penting ada TV, Peti ais dan view dari balcony sangat cantik..
Agak malang sikit sebab apartment sebelah kami tuh ada lelaki yang amat gemar melepak di balcony.
So, kitorang yang pemalu ni x dapat menikmati pemandangan indah melalui balcony tuh secara bebas la..
heuheu~
Lupa pula..Tujuan ke bilik tuh untuk prepare diri for next agenda which is ber pot-luck+ bersukaneka+ bermandi manda di tepi pantai yang indah..

Lepas dah ready, kitorang ke bilik Operasi sekali lagi..
Then kitorang turun ke bawah..
Pi pantai la kan..
Pantai tu menggamit kami untuk mandi..
Sampai jer kat bawah tuh..
Ape lagi..
opss..bukan kitorang terjun ke laut tau..
Posing dulu la depan kamera..
Cantik tu view kat tepi pantai..
nanti dah dapat pic saya upload..
hehe..
Siap wat posing lompat2 yang makin jadi trend berposing masa kini..
rasa macam kembali ke zaman study..

Bila semua dah ada kat tepi pantai tuh,
terus survey cari port yang strategic sket..
Lokasinye memang kena jalan jauh la..
Kat bawah pokok..
Siap gantung banner yang menghijau lagi..
Mula2 aktiviti makan2..
pastu start pulak sukaneka..
Masukkan benag dalam jarum..
Berpasangan la..
Lelaki pegang benang..
Pompuan pegang jarum..
Haaa..nampak cam senang tapi sebenarnya susah sebab kita x boleh nak pegang jarum masa nak masukkan benang tuh..
Jarum tu statik je dipegang oleh pompuan manakala lelaki pulak kena usaha nak masukkan benag tuh dalam jarum..
x percaya cuba sendiri..
Saya berpasangan ngan abang Adam dan menang 1st place. hehe..
Yang kalah kena wat performance pada malam barbeque..
hehe~

At the end, abg jup ngan kak ikin yang last.
So, habis la mereka pada malam BBQ nanti..
After that, acara tiup belon sampai pecah.
Memula saya dah pecahkan belon..
Antara yang terawal gak la.
Pastu tetiba kak ikin pass belon minta tolong letupkan.
Tapi memang susah gile..liat je belon tu.
Da besarpun still x meletup.
Last2 kak ikin tolong pecahkan guna buah tajam2 yang selalu ada kat pokok rhu..

Aktiviti paling menarik ialah berendam dalam air laut la kan..
best sangat..
hehe~

Then, aktiviti makan2 sampai lebam..
Kak izi ada bawak kek batik yang sedap buatan sendiri..
kena minta recipe nih..
ada rojak buah, rojak, kek2, dan macam2 lagi lah makanan yang di bawa oleh semua orang..
namapun dah pot luck kan..
hehe~

Then, bile dah hampir maghrib kitorang amik gambar beramai2 bersama banner.
Kitorang balik bilik n then bersiap untuk aktiviti solat dan bacaan yassin..

k, sambung nanti..

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics