Followers

Friday, February 10, 2012

Tolong cadangkan online shop jual blaus/seluar/skirt mengandung.

Salam korang!

 

Lately dalam mood ber’online shopping’. Sebab susah sangat nak jumpa blaus ngan tshirt mengandung yang cantik tetapi murah di kedai-kedai biasa. Kalau beli di butik-butik confirm ‘rabak’ poket. Setakat ini sudah 2 baju dibeli tapi belum sampai lagi ke tangan beta. Yang pertama itu saya dah bayar since selasa dan kata penjual tu yang saya kenal melalui FB, rabu dia post laju. Sepatutnya semalam or hari ini sampai. Tapi tak sampai-sampai pula sampai sekarang. Risaupun ada. Nak kena ‘follow up’ pula statusnya. Oh ya, harga blaus pertama dalam RM5X. X tu sebab tak ingat berapa ringgit.

 

Baju kedua pula saya jumpa website link dalam majalah Pa&Ma iaitu www.adrinis.com . Tengok bajunya memang cantik belaka walaupun harganya mahal sedikit tapi tak sampai RM100. So, consider dalam budget lagilah kan. Suami berkenan pada satu blaus harga RM80. Terus saya grab masuk chart dan bayar malam tadi. Kalau ikut perkiraan mungkin Isnin atau Selasa minggu depan sampailah parcel blaus itu. Tak sabar nak melaram pakai baju baru. Baju tshirt yang ada sekarang makin sendat. Blaus yang biasa pun dah tak boleh masuk (tidak muat). Dan blaus mengandung yang ada terlalu sedikit. Ada 4 helai sahaja yang boleh dipakai.

 

Last week sudah beli tudung. Beli tudung bawal plain sahajapun. Suami cakap lawa juga sebab diapun tak berapa suka tudung ada ‘batu batu’ sangat. Saya beli dalam 5 helai. 2 helai one tone manakala 3 helai lagi two tone. Puas hati sebab dapat juga menambah koleksi tudung. Rasanya dah bertahun tak beli tudung bawal. Shawl pun kebanyakan dibeli masa masih bujang dahulu. Sejak kahwin ada beli 2 helai. Itupun masa shopping raya di Jalan TAR tidak lama dahulu. Tudung sarung pun ada dibeli masa shopping raya tapi tak terpakai pula. Tersalah pilih warna tudung. Kebanyakan tudung sarung yang saya masih guna sekarang adalah dari koleksi 2 tahun lepas. Masa itu di officepun ramai menjadi pengedar tudung. So, lebih mudah membeli kan.

 

Boleh suggestkan tak tempat online shopping tudung, blaus/seluar/skirt labuh mengandung menarik tak? Masih bersemangat untuk menambah koleksi ini. lagipun masih ada 3 bulan lagi untuk melaram baju-baju tersebut. Kalau ada drop comment ok.

 

2 comments:

Nana said...

Kat jusco ade afzan.aku beli seluar brand scarlet. jeans n seluar kain lembut tu.masa try sgt comfortable tp lum pakai testing jalan2 lg

Complicated Shinigami said...

macam ainul dulu beli brand scarlet x selesa sangat sbb bila perut dah makin besar, bila butang rasa x selesa. huhu..so ainul pun banyak shopping online je. InsyaAllah setakat ni xpenah kena tipu lagi. risau juga kita dah bayar tapi x dpt barang kan? masa pregnant ainul beli loose fitting blouses and mix n match with palazzo pants and long skirts. senang. x payah pening2. selesa pun selesa sbb kain dia very soft and buttonless n zipless, so baby tenteram je kat dalam perut tu, x kena tekan.hehe..kebanyakan palazzo yang ainul beli, ainul suka yg jual dekat The Palazzo Expert. Kalau nak tengok bolehlah pegi website dorang www.thepalazzoexpert.com
Sekarang lagi jimat coz dorang bagi FREE postage :)

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics