Salam korang!
Rentetan daripada part 1, ada insiden berlaku masa nak keluar daripada Jusco. Sebelum bertolak, kenalah bayar parking fee kan? Entah macam mana, tiket parking hilang masa kami masuk kereta. Haish, pelik tetapi benar. Puas kami mencari dalam kereta dan di sepanjang jalan daripada mesin tiket ke kereta namum bayang tiket langsung tidak kelihatan. Terpaksalah suami pergi ambil tiket baru. Kasihan dan rasa bersalah sebab sayalah yang menguruskan pembayaran tiket tersebut sampai tiket hilangpun tak perasan. Lepas settle pasal tiket parking, kamipun bertolak ke Pontian. Kami sampai kira-kira pukul 1.30 petang. Oleh kerana pengantin tiba dalam pukul 2.00 petang, kamipun makan dahulu. Sedapnya lauk-lauk yang dimasak secara gotong royong. Ada ayam masak black paper, gulai kambeng, daging masak merah dan dalca untuk makan dengan nasi beriani. Selain itu ada juga lauk ikan keli dan lain-lain untuk dimakan dengan nasi putih.
Kami lepak di situ agak lama. Ingat nak balik pukul 3.00 petang tetapi hujan tiba-tiba turun dan kami baru perasan ada seorang classmate tengah makan di hujung khemah. Terus kami lepak di situ pula. Tak lama kemudian sampai lagi 3 classmate dengan pasangan masing-masing. Meriahlah meja sekejap. Kebetulan pula 2 orang daripada classmate bawa kad jemputan masing-masing untuk diberi kepada kami. Dekjan&Nina (Nina tak dapat datang kenduri ini sebab kini berada di Sabah) dan Abe bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam masa yang terdekat ini. Majlis dorang akan diadakan pada 25hb Feb (belah Nina), 03hb Mar (belah Dekjan) dan Abe pula 11hb Mar. Hampir tiap-tiap minggu ada majlis. Bulan 4 pula ada seorang lagi member akan menamatkan zaman dara, Nana JB iaitu pada 29hb Apr manakala bulan 5 pula seorang lagi bakal berkahwin iaitu kid pada 12hb May. Punyalah padat jadual kami dengan jemputan kahwin mereka. Masa Kid punya majlis, saya tak pasti masih sempat pergi ataupun tidak. Sebab tarikh majlis dia itu betul-betul seminggu sebelum tarikh saya deliver baby. Harap sempatlah merasa nasi minyak dia sebelum bersalin nanti.
Akhirnya menjelang pukul 4.30 petang, kami semuapun decide nak beransur walaupun ada lagi seorang member masih ‘on da way’. Marwan dan isterinya sampai betul-betul masa kami nak masuk ke kereta. Sempatlah berborak dahulu dengan dia. Pengantin, Ujang masa itu dah nak gerak pergi outdoor photoshoot. Nasib baiklah sempat Marwan jumpa pengantin. Kalau tidak rugi woo~. Sempat lagi dorang plan nak buat gathering budak-budak kelas. Tapi yang pastinya kena tunggu kawan-kawan perempuan deliver dahululah. Setakat ini, yang masuk list ialah saya due bulan 5, Mai due bulan 5 dan Nana penang pula due bulan 8. Kalau selepas ini ada lagi yang masuk dalam list, tak dapeklah nak menolong. Dalam pukul 5.00 petang barulah kami betul-betul bertolak pulang. Tapi, kami yang datang dari KL ini tidak terus balik sebaliknya kami singgah di Jusco Tebrau yang banyak menyimpan kenangan kami suami isteri masa zaman bercinta dahulu. Sempat beli sushi di Jusco dan roti di La Boheme (lagi?) sebelum kami bertolak pulang ke pangkal jalan. Singgah di McD Drive Thru (lagi?) untuk beli ‘dinner’. Tapi dek kerana masih kenyang makan sushi, kami hanya makan ‘dinner’ itu pukul 10.00 malam di R&R Ayer Keroh. Selepas itu, saya memang dah tak sedar diri sebab tidur di seat belakang. Betul-betul tersedar bila sampai di KL. Punyalah mengantuk sampai boleh lelap lama dalam kereta. Masa itu jam dah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Perghh, hampir 3 jam tidur.
Lepas hantar kawan, saya terus sambung tidur di seat belakang. Sampailah kami tiba di rumah kira-kira pukul 1.30 pagi. Masuk bilik terus tidur sampai ke pagi. Nasib baik kali ini bangun subuh awal. Tapi dek kerana letih tak hilang, kami sambung tidur sampai pukul 10.00 pagi. Memang betul-betul qada tidur. Bangun terus kemas barang, buat laundry dan bersiap pula untuk ke majlis akikah si kecil Wildan (anak sedara suami) di Subang Permai. Kami tiba di sana pukul 12.30 tengah hari. Pukul 2.30 petang mak dah ajak balik sebab mengantuk katanya. Kamipun terus balik rumah dan sambung tidur. (aiyak, sambung tidur lagi?). Sampai dekat pukul 6.45 petang baru bangun untuk solat Asar. Hujung minggu berakhir juga. Walaupun penat tetapi rasa puas hti sebab apa yang dirancang dapat dilakukan.
Next weekend? Macam sudah ada planning sahaja. Tunggu dan lihat nanti. Hari ini saya akan balik ke Puchong. Akan merindui suami dan keluarga mertua sampai Rabu. Suami tak dapat join sebab dia kerja esok. Huhu~
Ok, bai!
No comments:
Post a Comment