Salam Jumaat korang!
Minggu ini rasa seronok sebab sempat memasak untuk suami. Walaupun suami agak cerewet sampai benda-benda kecilpun dia ingatkan tetapi yang penting lauk habis juga di makan. Dia bukan cerewet pasal ‘rasa’ makanan tapi dia cerewet benda lain. Macam hari Isnin lepas, saya masak kurma ayam. Rupanya dia tak suka tambah ‘cili’ dalam masakan kurma. Dia suka plain. Lepas itu dia nak makan lauk telur goreng mata tapi saya tak buat sebab rasa macam dah cukup lauk yang ada. Jadi, at last dia goreng sendiri. Hari selasa kami makan di luar. Hari Rabu pula makan makanan pasar malam.
Manakala semalam pula saya pergi pasaraya beli bahan. Jadi, saya masaklah lauk ayam goreng crispy, sotong goreng tepung, cendawan goreng tepung dan sayur sawi tumis berkuah. Suami cakap semua sayur saya masak cara yang sama. Lepas ini kena tengok-tengok resipi lainlah seperti sayur goreng belacan, sayur goreng taucu dan lain-lain untuk lebih banyak pilihan. Sayapun selama ini memang masak sayur macam itu sahaja cuma sama ada masak kering ataupun berkuah sahaja. Lepas itu dia tanya pasal sotong goreng tepung yang tepungnya agak keras. Sebenarnya dek kerana sudah lama tak menggoreng tepung maka adunan tepung saya tu terlebih keras. Lepas kejar masa pula sebab masa itu maghribpun dah nak habis. Jadi terus saya celup sahaja sotong dengan tepung terlebih pekat itu masuk kuali. Tu yang keras semacam. Tapi, still boleh makan. Cuma macam tak kena kalau buat sebagai lauk.
Lagi satu perkara yang suami pantang ialah biarkan lauk terdedah walaupun hanya sekejap untuk membasuh pinggan mangkuk. Tutup dahulu lauk baru buat kerja lain. Rupanya itu adalah sunnah Rasulullah SAW. Nanti saya cari siapa yang meriwayatkan hadis berkenaan perkara ini. Saya bukan sengaja nak tinggalkan lauk itu. Saya ingatkan suami bolehlah tolong tutupkan untuk saya. Ye lah, saya dah penat memasak, nak juga bermanja tetapi saya faham, dia tak buat sebab nak saya ‘belajar’. Kalau dia tak mengingatkan, tentu saya tak sedar ataupun lupa. Lagipun masa itu dia pula sibuk menguruskan penapis air di rumah yang tiba-tiba menjadi sarang semut. Habis disedut dengan Vacuum Cleaner segala semut yang ada. Kesian juga tapi dah tak boleh biarkan. Semut yang bersarang pula bukan semut kecil tapi semut hitam yang besar. Geli pula bila tengok semut-semut ini berkumpul di sekeliling botol sos dan kicap. Euuuu~
Hari ini tak tahulah nak masak apa. Semalam dah beli lauk daging, sayur kobis dan bergedil segera. Ingat nak masak daging masak cabai. Walaupun tak berapa reti masak cara family suami tapi tetap berkobar-kobar nak mencuba jaya. Walaupun tahu pasti ada sahaja yang tak kena di mata suami nanti tapi bila lagi nak mula kan? Walaupun pada asasnya saya tahu memasak tapi kadang-kadang cara memasak kita dengan orang lain berbeza. So, tetap kena belajar juga kan. Ok lah. Tu sahaja update saya untuk hari ini. Bai!
No comments:
Post a Comment