Followers

Friday, February 24, 2012

Sungai Congkak : Wakaf kena book ke?

Salam korang.

 

Bulan lepas saya ada cerita pasal Sungai Congkak. 2 kali saya pergi sana berkelah. First time pergi tak dapat wakaf sebab kes terlewat. Second time pergi baru dapat wakaf.

Ada seorang readers bertanya pasal  perkhidmatan wakaf yang ada disediakan di sana. Setahu saya memang banyak sangat wakaf-wakaf yang dibina di Sungai Congkak itu. Sepanjang sungai ada deretan wakaf disediakan. Tapi yang paling ok bagi saya ialah yang paling hujung. Masuk dengan kereta sampai jalan mati. Pintu masuk kawasan itu betul-betul di hujung jalan. Sekali masuk untuk setiap orang dikenakan RM1 sahaja.

 

Harga untuk wakaf dah termasuk dalam RM1 tersebut. Kiranya macam kemudahan yang disediakan selain daripada tandas. Tapi wakaf tak banyak. So, konsepnya macam ‘siapa cepat, dia dapat’. Masa first time kami sampai dalam pukul 11.00 pagi. Jadi, tak dapatlah wakaf sebab dah penuh. Kali kedua kami sampai kira-kira pukul 9.00 pagi. Kalau datang masa itu memang boleh pilih mana wakaf yang disukai sebab tak ramai lagi pengunjungnya. Parkingpun senang.

 

Jadi, jawapan kepada soalan di atas telahpun terjawab. Tak perlu booking kalau nak duduk di wakaf. Just walk in sahaja ye. Ia bergantung kepada nasib. Tapi tak sure pula dengan wakaf-wakaf yang lain. Mungkin boleh booking kot.

 

p/s : Teringat pula akan karipap yang dijual semasa saya di sana. Ia dijual guna motor sahaja. Rupa dia memang tak menarik tapi rasa dia sedap!

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics