Salam korang!
Fuh, feeling better. Kurang rasa mengantuk. So, bolehlah bercerita aktiviti hujung minggu. Jumaat petang, saya dan suami terus bergegas ke KLCC selepas balik dari kerja. Walaupun tahu jalan akan sesak tapi tetap bergedil ehh..berdegil untuk memeriahkan motherhood expo. Dalam pukul 6.30 kamipun bertolak. Sampai KLCC Convention Centre kira-kira pukul 7.30 malam .Shopping kain bedung untuk baby, pampers newborn jenama drypers. Beli 2 bungkus dapat baby blanket, cawan dan juga libresse thingy. Berbaloi jugalah dapat jimat RM10 untuk untuk drypers plus barangan percuma lagi. Selepas itu, kami ke Pureen booth dengan tujuan asal untuk membeli cecair pembersih botol susu dan juga pakaian bayi sahaja. Tapi end up dengan membeli barang lain seperti breast pad, head to toe shower cream, towel dan juga selimut bayi. Eksited nampaknya kami berdua masa itu.
Dek kerana kesuntukan masa untuk kejar maghrib, kamipun berhenti shopping. Terus berlari (jalan selaju yang mungkin menuju ke masjid KLCC. Alhamdulillah sempat solat maghrib. Kemudian terus tunggu untuk sambung solat Isyak sebelum gerak ke KPJ Ampang Puteri. Anak saudara (belah suami) terkena virus tangan, kaki dan mulut. Rasanya berjangkit semasa di Taska. Kasihan Awliya sebab dari pagi tak boleh nak telan makanan sebab tekak dia rasa perit. Even susupun tak dapat nak masuk. Jadi, semua bekalan ubat dan makanan dimasukkan melalui tiub yang disambung ke kaki. Mulanya nak masukkan ke tangan tapi cucuk-cucuk tak jumpa urat. Cucukan kali ke 8 baru berjaya. Seksanya si kecil. Sudahlah langsung tak dibenarkan keluar wad disebabkan virus boleh tersebar melalui udara, lepas itu kaki pula kena ikat. Muka monyok tak dapat keluar dari bilik wad.
Dalam pukul 10.30, kamipun beransur pulang. Singgah mengisi perut yang lapar di McD. Saya macam biasa order Bubur Ayam McD. Entah macam mana jadi fevered pula akhir-akhir ini. Suami pula makan Double Mc Deluxe. Lepas makan terus balik tidur. Keesokannya, bangun pagi, bersihkan diri, buat laundry dan sediakan sarapan untuk suami. Sarapan kami ialah cucur lemak manis dan juga bergedil segera. Tapi tak best pula bergedil segera ini sebab balutan luarnya tak kuat. Hancur lebur bila masuk kuali. Tapi, dek kerana lapar, habis juga semua makanan. Suami siap buat maggi sekampit pula sebab tak cukup kenyang. Tengahari itu kamipun bertolak pergi kenduri kahwin classmate dulu, Nina dan Dekjan di Taman Melati. Sampai di sana kira-kira pukul 1.30 petang. Kami lepak lama juga dan beredar bila jam hampir pukul 4 petang. Terus menggagau cari masjid untuk solat zohor. Nasib baik sempat solat Zohor. Siap sambung pula berjemaah solat Asar di Masjid Setiawangsa.
Lepas itu suami ajak pergi motherhood expo lagi sekali. Yeah, kami bershopping lagi buat kali kedua. Kali ini kami beli lebih banyak barang. Selain daripada membeli dress maternity yang cantik from MumsDreams, kami juga sempat membeli bottle warmer jenama tommy tippie, head and shoulder comforter untuk baby stroller, baby romper, topi comel dan beberapa barangan lain (lupa pula). Lepas shopping kami bergegas ke masjid untuk berjemaah Maghrib tapi saya tak sempat pula. Baru nak pakai telekung, imam dah bagi salam. Haiseh, frust juga tapi apakan daya. Lepas solat, kamipun terus masuk KLCC. Destinasi kami ialah Food Court. Dan makanan yang saya idamkan ialah Claypot ChickeN Rice. Alhamdulillah, dapat juga merasa KLCC Food Court Claypot Chicken Rice. Walaupun tak boleh lawan Tesco Puchong dari segi rasa, KLCC punya versi ada cendawan yang sedap. Hehe~
Lepas itu, kami terus bergerak pulang ke Selayang. Bersiap pula untuk pulang bermalam di Puchong. Punyalah penat sampai saya tertidur dalam kereta sepanjang perjalanan. Sampai sahaja di rumah iaitu dalam pukul 12.30 malam, terus sambung tidur sampai ke pagi. Ahad punya cerita? Nanti-nantilah saya sambung ok. Bai!
No comments:
Post a Comment