Salam korang!
Hari ni rasa macam nak update 2 kali pula. Sebab tiba-tiba teringat sesuatu. Saya tak tahulah kenapa lately saya selalu jumpa lipas. Sebelum ini memang jaranglah jumpa lipas. Pernah dalam sehari jumpa sampai 3 kali di tempat berbeza. Mula-mula jumpa di ruang tamu. Entah datang dari mana tiba-tiba muncul dari bawah rak kasut. Terus merayap masuk bawah sofa. Lepas itu dia macam nak pergi ke arah kami suami isteri tetapi suami segera menghalau. Macam halau orang gayanya tapi lipas itu macam faham pula. Terus masuk balik bawah sofa tak keluar-keluar. Ingatkan dah habis cerita, bila kami naik ke bilik, saya ternampak satu objek kecil berwarna gelap di depan pintu bilik mak mertua (mak mertua sedang buat umrah di Makkah). Bila buka lampu rupanya lipas lagi. Tapi sekejap sahaja dia muncul lepas itu boleh tengok balik, hilang sudah.
Kali ketiga pula ialah di toilet lagi-lagi masa tengah malam. Saya rasa toilet itu sudah jadi port dia melepak agaknya. Sebab lokasi panas memang di toiletlah. Hampir setiap malam saya akan terjumpa lipas dalam toilet. Pernah sekali elok sahaja saya tengok dia tidur (memang dia tidur sebab langsung tak bergerak) di atas saluran air keluar. Selalunya saya akan halau guna penyapu sahaja. Geli satu hal. Lepas itu kalau saya buka pili air tak ke lemas dia nanti terkena air. Bukan setakat di rumah mertua sahaja, di rumah parents sendiripun jumpa juga. Ada sekali itu, buka pintu bilik terus nampak dia merayap depan mata. Terus panggil kakak saya tolong sembur shieltox.
Bila cerita pasal lipas, teringat pasal member saya. Dia mengadu jari tangan dia pernah kena gigit lipas ketika sedang tidur. Lipas gigit orang juga rupanya ye. Ok lah, lain kali kalau boleh tak mahu cerita pasal lipas dah. Hhuhuhu.. ok bai!
No comments:
Post a Comment