Followers

Monday, February 6, 2012

Journey to Pontian : Part 1

Salam korang!

 

Yeah, bertemu sekali lagi kita hari ini dalam segmen, berblog ketika bercuti di office. Sayakan sudah berjanji untuk update cerita hujung minggu. Jadi sebagai seorang yang menepati janji, sayapun buat satu lagi entry hari ini. Penting untuk update progress dan aktiviti sepanjang usia mengandung ini sebagai kenangan di masa depan. Mungkin juga boleh dijadikan rujukan oleh diri sendiri atau orang lain  yang sedang/bakal melalui fasa-fasa bergelar ‘mommy to be’. Seronok sebenarnya nak cerita perkembangan terkini setiap hari.

 

Macam sekarang ini, saya kerap rasa panas badan. Baby pun dah makin aktif bergerak. Langsung tiada masalah alahan tetapi makan macam biasa sahaja. Tak adalah asyik nak makan sahaja. Mungkin bila sudah masuk 7 bulan ke atas baru ‘lalu makan’ kot. Macam hari ni bila perut meragam, makanpun tak berapa nak lalu sangat. Tadi rehat pagi makan jambu batu dengan jajan. Langsung tak berkhasiat tapi perut tak berapa nak makan banyak. Tengahari nanti kena paksa makan nasilah sebab risau baby tak dapat cukup nutrisi. Harap baby sihat dan sempurna dalam perut mama.

 

Cerita pasal hujung minggu, terus terang memang seronok walaupun memenatkan. Balik daripada kerja jumaat lepas, saya terus bersiap packing barang kami suami isteri. Selepas maghrib kami terus bertolak untuk menjemput seorang kawan di KL pula yang akan join trip pergi Pontian. Oleh kerana belum makan apa-apa lagi, kami decide untuk drive thru McD sahaja. Saya beli set Prosperity Burger walaupun dah tak ada curly fries manakala suami pula beli set BigMac. Air Rebina without ice yang sedap. Kami makan sementara menunggu kawan. Dari KL, kami bertolak ke JB dalam pukul 9.30 malam.

 

Perjalanan ambil masa agak lama kali ini. Mungkin suami drive slow sebab memikirkan keselamatan wife yang sedang mengandung ini. Berhenti minum di R&R Tanggak dan mengisi petrol di R&R Machap sebelum meneruskan perjalanan ke JB. Kami sampai di area Taman U kira-kira pukul 1.30 pagi. Sempat check in sebentar di Q Hotel (dulu bangunan hotel itu milik pasaraya Bersatu Jaya. Mungkin sudah ‘bungkus’ sebab terlalu banyak competitor hebat seperti Jusco dan Giant).  Lepas check in kami menghantar rakan bujang kami untuk menumpang di rumah member yang masih bujang di Pulai Perdana. Member tu baru pindah ke rumah yang baru dia beli. Besar dan murah harganya kalau compare dengan rumah di KL. Dengan keluasan 22X70 2 tingkat, guarded area dengan access card. Siap ada swimming poll kat area itu. Maintenance fee hanya RM120 lebih sahaja sebulan. Bebaloi-baloi. Harga rumah lebih kurang harga rumah kami iaitu RM280k. Sempat tengok area dalam rumah dia. Ruang dalam bilik lebih luas berbanding dengan rumah saya.

 

Kami balik ke Q Hotel dan sampai di sana pukul 2.30 pagi. Oleh kerana keletihan yang teramat, kami terus solat dan tidur. Bangun subuhpun lambat. Hampir habis waktu subuh. Lepas itu sambung tidur semula sampai pukul 9.30 pagi. Itupun rasa tak cukup lagi. Tapi disebabkan member dah plan nak jumpa di Jusco pukul 11.00 pagi, gagahlah kami bersiap dan check out daripada hotel. Sampai di Jusco, kami berjalan-jalan mencari barang. Kot-kot boleh jumpa baju-baju menarik. Tapi memang window shopping sahajalah. Kami membeli roti di La Boheme dan lepak sarapan di Jusco Food Court. Lepas itu, kami ingat nak terus bertolak ke Pontian. Tapia da insiden pula berlaku. Apakah dia? Nanti saya sambung dalam entry kedua pula ya. Panjang sangat pulok entry ini.

 

Ok, bai!

 

 

 

No comments:

Blog Pasal Shaklee lah~

Related Posts with Thumbnails

Dah menjadi sejarah~

Web Analytics